Dan kini, tibalah masa yang aku nanti-nantikan. Malam kejutan dan permohonan maaf untuk suami kesayangan, Faiq Adzrin.
"Sayang, ni baju awak.." Aku menyerahkan satu set kemeja kepadanya.
Set kemeja yang sudah dibalut dengan penutup pakaian itu bertukar tangan. Ianya bukanlah kemeja yang bersuit. Set itu hanyalah mengandungi kemeja yang berwarna putih, seluar berwarna hitam dan tali pinggang.
"Baby, so cute.. Kita nak pergi mana sebenarnya ni?"
"Rahsia."
"Sayang tak boleh bagitahu clue ke?" Faiq cuba memancingku.
Aku menggeleng.
"Baby, berapa awak habis untuk semua benda yang awak buat harini? Nanti claim dengan saya balik, okey?"
Aku ketawa, "Ingat ni pasaraya ke nak claim-claim?"
Faiq turut ketawa, "Tapi, saya serius. Nanti saya bayar balik ya?"
Aku senyum lalu mencapai tangannya, "Husband, anggaplah ini semua adalah hadiah daripada saya. Hadiah sebab awak sudi terima saya sebagai isteri awak. Hadiah untuk kejayaan awak. Hanya ini aje yang mampu saya bagi untuk awak, sayang."
"Baby, your words never disappoint anyone who listens. Love, awaklah hadiah terindah yang saya pernah dapat seumur hidup saya. Hadiah yang mampu kekal dengan saya sampai ke Syurga. I love you to the moon and back, my baby Athea.."
"I love you with all my heart until my last breath, husband.."
Faiq memelukku erat dan mengucup dahiku lama.
"Romantik juga isteri saya ni rupanya.." Tutur Faiq.
"Siapa yang cakap saya tak romantik?"
Faiq ketawa lalu mencium pipiku secara bertalu-talu, "Ish, cute betullah sayang saya ni!"
"Jomlah turun. Nanti kita lambat pula."
"Okay, baby."
8:30 malam
"Sayang, kenapa kena tutup mata saya? Saya tak nampak jalanlah.." Adu Faiq.
"Kan saya ada? Awak tak percayakan saya ke?"
"Okey, baby.." Dia kemudiannya mengeratkan lagi genggaman kami berdua.
Setelah tiba di tempat yang dirancang, perlahan-lahan aku membuka kain yang menutup mata Faiq.
"Surprise!" Jeritku teruja.
Perlahan-lahan Faiq membuka matanya sebelum...
"Baby buat candle light dinner untuk saya?" Tanya Faiq.
"Yeah." Balasku.
"Thank you so much, mijn blanke liefde!" Teruja Faiq bersuara.
"You're welcome! Awak suka tak?"
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...