Bab 70

777 36 1
                                    

"Baiklah, sekarang kita masih ada dua orang lagi yang mahu memberikan ucapan. Dengan ini, saya menjemput terlebih dahulu, Cik Zaza Qasdiera untuk datang ke pentas dan memberikan ucapan buat pasangan pengantin kita pada hari ini. Dipersilakan.." Beritahu Emcee itu.

Aku mengangkat wajah. Terkejut!

'Zaza, aku harap hang tak serius noh.'

Aku bukannya apa, tapi kalau Zaza dah mula serius, memang banjirlah jawabnya tempat ni kejap lagi.

"Assalamualaikum, saya Zaza. Saya kawan kepada pengantin perempuan. Kami mula berkawan rapat sejak zaman universiti."

Arghh! Aku dah nak banjir dah ni! Aku terlalu sensitif kalau sebut pasal universiti. Tambah pula, kenangan ketika itu terlalu pahit untuk dikenang!

"Saya bukan mau claim dia kawan saya ka apa tau hampa. Nanti ada pula orang kata 'pengantin dah make-up cantik-cantik, baru nak mengaku kawan'.. Dok aih! Kami memang berkawan rapat lama dah! Kan, Thea?" Ucap Zaza dan kemudian dibalas dengan ketawa daripada semua tetamu.

Aku hanya mengangguk sambil ketawa.

Zaza turut ketawa, "Mengenali seorang Athea Izara adalah sesuatu yang tak akan pernah saya persoalkan, apatah lagi untuk saya kesalkan. Dia seorang kawan yang baik, walau apa pun yang jadi dekat dia, sesedih apa pun dia, dia tak akan sesekali tunjuk dekat depan orang. Thea, we've been friends for a long time. I'm with you through your ups and downs. I'm grateful to be with you when you're down." Sebak Zaza menuturkan kata-katanya. Jelas bergetar suaranya.

Kabur penglihatanku kerana air mataku.

"People may not see everything you've been through before, but I'm there. Aku nampak hang bersungguh-sungguh yakinkan diri hang sendiri. Tapi Thea, hang tetap perlukan seseorang untuk bercerita. Perkara yang susah akan jadi lebih mudah bila berdua instead of hang hadap sorang-sorang. Now, hang dah kahwin, apa-apa hang buleh share dengan suami hang. Tapi aku nak hang tahu yang hang buleh cari aku bila-bila masa yang hang mau. Walaupun pada pukui 3 pagi sekalipun, kalau hang perlukan aku, cari ja aku. Telinga dan bahu aku akan sentiasa tersedia untuk hang." Sambung Zaza.

"Itu ja dari aku. Selamat pengantin baru buat hang, Athea bersama pilihan hati hang, Faiq. Aku doakan semoga hubungan hampa dua diberkati dan berkekalan hingga ke Syurga.."

Aku sebak namun tetap saja aku lemparkan senyuman. Air mata diseka perlahan.

"Are you okay, baby?" Tanya Faiq.

Aku mengangguk perlahan.

"Sure?"

Aku mengangguk.

"Okay, then."

Aku rasakan genggaman kami semakin Faiq eratkan. Aku memandangnya manakala Faiq pula sudah kembali memandang ke hadapan.

Aku tersenyum.

"Ada seorang lagi yang nak bagi ucapan, sabar okey?" Bisik Faiq.

"Mesti along kan?" Tekaku.

"Mana sayang tahu?"

"Tak kanlah along tak nak bagi ucapan dekat adik kesayangan dia ni?" Banggaku menjawab.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now