Bab 9

913 38 0
                                    

Aku sudah pun bersiap dan bersedia untuk ke surau bersama dengan ibu dan Zaza manakala abah dan along pula sudah pergi selepas sarapan pagi tadi.

"Thea, hang tengok baju aku ni okey ka? Ka macam tak sesuai?" Tanya Zaza yang baru sahaja keluar daripada bilik wardrobe yang sudah tersedia di dalam bilikku.

"Zazaaa!" Jawabku seakan terkejut.

Aku nampak riak wajah Zaza juga berubah cuak.

"Awat? Tak sesuai ka? Tunggu sat, aku pi tukaq." Kata Zaza dan berura-ura untuk memusingkan badannya.

"Cantiknya kawan aku ni! Ni nak pergi makan-makan ke nak pergi cari boyfriend ni?" Jawabku lalu diakhiri dengan tawa.

"Ish.. Akulah hang ni! Aku tampaq hang satgi, apa pun tak dapat! Sungguhlah! Okey ka dak?" Tanyanya bersungguh.

"Okey je.. Cantik! Tak over pun. Bukannya kau pakai baju yang lip-lap tu. Okey je.. Dah lah jom, ibu tengah tunggu kat bawah tu." Jawabku.

"Selamat pagi, ibu!" Sapa Zaza riang.

"Selamat pagi anak-anak ibu.. Dah siap dah? Jom lah kita gerak sekarang, boleh tolong apa-apa yang patut dulu dekat sana." Jawab ibu.

"Ibu dengan Zaza pergilah masuk kereta dulu. Nanti Thea bawakan kuih seri muka yang nak letak dekat surau tu dalam kereta. Okey?" Ucapku kepada ibu.

"Okey. Terima kasih, Thea.. Ibu masuk kereta dulu ya?" Jawab ibu pula lalu terus bergerak ke arah pintu utama bersama Zaza.

"Assalamualaikum, minta maaf ya lambat." Tegur ibu kepada makcik-makcik yang berada di situ.

"Lambat? La ni baru pukui 1 tengahari tau! Zohor pun belum masuk lagi. Makan-makan kan mula lepas Zohor, celah mananya yang lambat?" Bisik Zaza kepadaku.

"Ish kau ni, biasalah mak-mak. Mestilah kena datang awal untuk tolong apa-apa yang patut sebelum mula majlis. Banyak mulutlah kau ni, Za.. Nah, pergi hantar kat atas meja tu. Aku nak ambil beg dalam kereta lepastu nanti aku terus masuk." Jawabku sambil menghulurkan buffet yang berisi kuih seri muka kepadanya.

"Cepat sikit, aku segan aih sorang-sorang kat dalam.." Ucap Zaza.

"Iya.." Balasku ringkas.

Apabila ku lihat Zaza sudah pun mengatur langkah menuju ke ruang berkumpul makcik-makcik sebentar tadi, aku pun masuk semula ke perut kereta untuk mengambil telefon bimbit dan beg tanganku.

Semasa aku berjalan untuk pergi ke arah Zaza, seseorang menyapa ku dari arah belakang dan secara drastiknya aku memusingkan badanku untuk menghadap si pemanggil.

"Hai.." Tegur seseorang itu.

Aku yang tidak berminat untuk membalas hanya memusingkan badanku semula dan terus berjalan ke arah surau.

Dia pula mula mengikuti langkahku dan berkata, "Hi, mijn blanke liefde.."

Aku memberhentikan langkahku. 'Ya! Dia berhutang denganku tentang maksud disebalik ayat itu!'

Aku memandangnya dengan kedua kening yang terangkat sebagai tanda untuk meminta penjelasan.

"What?" Ujarnya sambil tersenyum.

Dia boleh cakap 'what?' je?!?! Aku nak kan penjelasan! Dia pula boleh cakap itu aje sambil tersenyum?

Aku mengecilkan mataku ke arahnya sambil membuat gaya muka 'what ever' dan teruskan berjalan.

"Je bent erg mooi mijn blanke liefde." Ucapnya lagi lalu terus berjalan melepasiku.

Aduhai.. Akulah dia ni! Telinga aku pun satu! Kenapa tak dapat tangkap apa yang dia cakap tadi? Ish...

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now