Bab 39

624 22 0
                                    

"Assalamualaikum!" Laungku daripada luar rumah.

"Waalaikumussalam! Sekejap ya!" Jawab ibu.

"Ha Thea, Faiq.. Sampai dah. Meh, masuk. Ibu dah siap masak dah." Ucap ibu.

Aku menyalami tangan ibu dan memeluknya erat. Rindu!

"Ibu apa khabar? Sihat ke?" Tanyaku sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Alhamdulillah.. Ibu macam ni lah. Sihat orang-orang tua." Gurau ibu.

"Tua apanya, makcik? Saya tengok macam sebaya aje dengan Athea ni.. Kalau saya tak kenal Athea, memang saya ingat makcik dengan Athea ni adik-beradik tau!" Faiq bersuara.

Ibu tersenyum, "Faiq, lepas ni panggil ibu aje. Faiq tak perlulah ambil hati ibu, cakap ibu ni nampak muda bagai. Kalau Faiq tak puji pun, ibu tetap ambil Faiq jadi menantu."

Faiq ketawa, "Terima kasih, ibu.. Tapi saya serius, ibu memang nampak muda. Tak makan dek usia, orang kata!"

"Ha sudah, sudah.. Faiq ni bu, kalau bab puji orang memang tak akan habis. So, biar Thea yang stopkan, okey?" Sampuk aku.

"Ala, Thea ni. Cemburu ke? Takkanlah Thea cemburu? Ibu yakin, kalau kamu berdua pergi dating, mesti Faiq akan puji Thea juga kan?"

Puji? Haahlah.. Dia jarang betul nak puji aku. Setakat ni, boleh kira dengan jarilah berapa kali dia puji aku.

Aku nampak Faiq memandangku sekilas.

"Jomlah, makan? Thea dah lapar ni.." Ucapku.

"Okey.. Faiq, jom? Jangan segan-segan ya?" Ucap ibu kepada Faiq.

"Okey, ibu."

Setelah selesai menikmati sarapan, ibu mengajak kami untuk duduk di ruang tamu. Nak santai-santai katanya.

"Thea dengan Faiq dah decide ke pasal baju kahwin? Tema pelamin? Preparation semua?" Ibu bersuara memulakan perbualan.

Aku memandang Faiq sambil mengangkat kening ke arahnya. Aku memberikan isyarat padanya untuk menjawab.

"Belum lagi, ibu."

"Lah.. Kenapa tak decide lagi? Sebulan aje lagi tau? Sekarang kamu berdua dah boleh start prepare apa yang patut dulu. Nak tema apa, warna apa, dekat mana semua."

"Oh.. Kalau macam tu, kita bincang sekaranglah, ibu." Ucap Faiq.

"Haah, setuju! Alang-alang ibu dah ada dekat sini, kan?" Ucapku pula.

"Kamu berdua nak tema warna apa?" Tanya ibu.

"Athea?" Panggil Faiq.

"Yes?" Jawabku.

Faiq tersenyum, "Awak nak tema warna apa? Saya ikut aje apa yang awak suka."

Ibu kemudiannya memandang ke arahku.

"Kenapa saya yang kena pilih pula? Kan kita yang nak kahwin. Mana boleh saya pilih sorang-sorang." Jawabku.

"Saya tak kisah.. Saya pakai apa pun, nampak handsome. Kan, ibu?" Gurau Faiq.

Ibu ketawa, "Betul tu, Thea. Faiq ni pakai apa pun memang tetap handsome."

"Habis tu? Thea ni tak cantiklah? Sebab tu Thea yang kena pilih warna? Oh, okey.." Gurauku.

Ibu dan Faiq kemudiannya ketawa mendengar kata-kataku.

"Kamu berdua bincanglah dulu. Ibu nak ke dapur sekejap." Ucap ibu lalu pergi meninggalkan kami berdua.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now