Bab 7

1K 41 0
                                    

Kawasan perumahan keluargaku ini boleh dikatakan luas jugalah jika mahu dibandingkan dengan kawasan perumahanku di Kuala Lumpur. Taman juga terletak agak jauh dari rumah ibu tetapi masih lagi di dalam kawasan perumahan ini. Biasanya aku akan membawa kereta untuk ke taman supaya mudah untuk aku terus ke tempat biasaku, cuma harini sengaja aku nak exercise lebih sikit.

Setelah hampir 3 kilometer aku berjoging mengelilingi taman yang tidak kurang besarnya itu, aku memperlahankan langkahku  dari berlari dan teruskan berjalan. Kemudian aku berhenti untuk berehat di sebuah kerusi berhampiran untuk menikmati pemandangan tasik di hadapanku.

Taman ini cukup besar, tidak cukup dengan itu.. Taman ini juga mempunyai sebuah tasik yang sangat luas. Sesuai untuk berjoging dan sesuai juga untuk aktiviti beriadah bersama kawan-kawan mahupun keluarga.

Tiba-tiba muncul seseorang dari sisiku dan berkata, "Jauhnya termenung."

Dia tidak memandangku, sebaliknya hanya tepat ke arah tasik. 'Dia cakap dengan aku ke?' Aku lihat ke sekelilingku, tiada sesiapa.

Aku hanya memandangnya sekilas tanpa memberi sebarang reaksi. Tiada rasa untuk membalas. 'Macam pernah nampaklah mamat ni..'

"Athea?" Dia bersuara.

Dengan perlahan aku berpaling ke arahnya seraya mengangkat sedikit keningku bagi meminta kepastian berdasarkan apa yang baru dia katakan sebentar tadi. 'Macam mana dia tahu nama aku?'

Dia yang seakan memahami tindakanku sebentar tadi hanya ketawa halus sambil menjawab, "Saya kenal awak sebab abah awak yang kenalkan semalam masa dekat surau. Hai, saya Faiq."

Aku yang hanya memandangnya sejak tadi hanya mengangguk lalu terus berpaling ke arah tasik semula. Tidak berminat untuk membalas.

Aku masih lagi diam membisu. 'Mamat ni nak berdiri sampai bila? Tak nak gerak ke?'

"Awak memang pendiam ke? Sebab semalam abah awak cerita dekat saya, awak ni penghibur dalam keluarga. Tapi bila saya jumpa awak sekarang ni, macam tak sama aje apa yang abah awak ceritakan.. Susah untuk diajak berbual rupanya awak ni.." Katanya lagi mencuba untuk mendapatkan perhatianku.

'Bersungguh betul mamat ni nak cari topik untuk bersembang dengan aku.'

Aku kemudiannya berdiri dan terus berjalan tanpa memandang ke arahnya. Faiq yang sedar akan tindakanku itu dengan segera mengejar langkahku dari arah belakang.

Aku yang sedar akan perbuatannya itu pun segera memberhentikan langkah dan terus memusingkan badanku menghadapnya. Aku memandangnya dengan kening yang sengajaku naikkan.

"Ya? Kenapa ikut I dari tadi? You nak apa? I nak balik rumah ni." Tegasku bertanya.

Aku yang melihat dia tersenyum hanya memandangnya dengan renungan mataku yang sengaja dikecilkan sambil menyatukan keningku.

"Senyum apa?" Ringkasku bertanya.

"Sekarang saya dah faham kenapa abah awak cakap awak ni penghibur.. Tadi tu awak marah ke? Kenapa saya tak ada rasa takut pun? Saya rasa awal comel je sekarang ni dengan muka awak yang kononnya tengah marah tu." Jawabnya.

"I tak kenal pun you ni tau. And I pun tak rasa yang you kenal I. So, jangan sibuk ikut-ikut I lagi okey!" Kerasku berkata.

"Siapa kata saya tak kenal awak? Okeylah, saya pergi dulu. Jumpa awak lagi nanti, mijn blanke liefde.." Katanya lalu terus pergi meninggalkan aku sendirian di situ..

Belum sempat aku memanggilnya untuk bertanya tentang ayatnya yang terakhir itu, dia sudah pun bergerak dengan pantas ke hadapan. 'Lif apa dia cakap tadi?'

'Muka dah melayu, cakap jelah Bahasa Melayu! Entah-entah tadi dia mengata aku kot? Eh Theaa.. Tak baiklah tuduh-tuduh, berdosa!'

Lalu aku pun meneruskan perjalananku untuk pulang ke rumah sambil otak masih ligat memikirkan tentang apa yang dia katakan tadi.

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam dari luar rumah sambil tanganku membuka pintu utama yang berkunci.

Apabila aku melangkah masuk ke dalam rumah, ku lihat suasana dalam rumah hanya sepi. Segala suis tertutup.

'Ibu, along dengan Zaza ikut abah ke surau kot..'

Tanpa menunggu lama, aku terus melangkah ke tingkat atas untuk mengambil beg tanganku dan kemudian aku bergerak ke arah kabinet yang terletak berhadapan dengan pintu utama untuk mengambil kunci keretaku. Aku keluar dan mengunci semula pintu utama kemudian terus masuk ke perut kereta untuk memulakan perjalanan ke tempat biasaku.

'Abscond'
-To secretly depart and hide oneself

Abscond merupakan gelaran yang aku beri
pada tempat ini. Aku akan datang ke sini bila mana aku rasa kecewa atau tak ada semangat. Tetapi kadang-kadang, aku datang ke sini tanpa sebarang tekanan dan datang sekadar untuk mendapatkan ketenangan. Tempat ini sangat kena dengan jiwaku. Tak ada orang, tenang, pemandangan yang cantik dan udara yang segar.

Ianya terletak di atas bukit yang membolehkan aku untuk melihat pemandangan yang sangat cantik dari atas sini! Aku sangat-sangat tegas apabila melibatkan Abscond kerana aku tak nak orang mengganggu ketenanganku di sini.

Sebab itulah aku akan ke sini setiap kali balik ke rumah ibu..

Dahulu, aku pernah mempunyai seorang kawan tetapi hanya sekadar kawan biasa dan bukannya sebagai kawan rapat. Tapi silap aku kerana terlalu mempercayainya sehingga aku pernah menceritakan padanya tentang seorang lelaki pernah yang aku suka pada ketika itu.

Dan sampai satu masa, seseorang datang berjumpa denganku dan bertanya, adakah betul aku menjalinkan hubungan cinta dengan pensyarah bagi mendapatkan markah yang tinggi?

Mula-mula aku tidak tahu dari mana datangnya berita itu sehinggalah seseorang memberitahuku bahawa semua ini adalah angkara bekas kawanku. Aku jadi sangat tertekan pada ketika itu dan membawa diri pulang ke rumah ibu. Aku tak pernah memberitahu ibu, abah mahupun along tentang hal ini. Aku tak suka membebankan mereka dengan hal yang tak matangku pada ketika itu.

Dan pada hari yang sama aku sampai ke rumah ibu, aku merantau di dalam kota ini pada waktu petang sehinggalah aku terjumpa dengan tempat yang aku gelar Abscond ini. Tempat yang banyak membantu aku untuk terus bersemangat dan mengingatkan aku tentang tanggungjawab. Kemudian terlahirlah seorang Athea Izara yang baharu.

Dan Alhamdulillah, sekarang aku dah sembuh dari segala luka yang lampau. Kini, aku dapat berdiri di sini tanpa mengingati kisah yang pahit itu.

Dan sebenarnya perkara itu tidak berhenti di situ sahaja. Bekas kawanku itu juga memberitahu kepada lelaki yang 'pernah' aku suka itu bahawa aku bukanlah seorang perempuan yang suci hanya untuk memperlihatkan dirinya baik di hadapan lelaki itu. Kemudian, aku dapat tahu yang mereka sudahpun menjalinkan hubungan cinta.

Dan sejak itulah isu kepercayaan terhadap manusia mula tumbuh dalam diriku. Tak kira kawan mahupun sepupu, tiada istilah percaya dalam diriku untuk mereka yang selain daripada keluargaku sendiri.

Zazalah yang selalu ada untuk memberiku semangat memandangkan seluruh ahli keluargaku tidak tahu menahu tentang perkara ini.

Pada mulanya, aku tidak berminat untuk berkawan dengannya. Jangankan berkawan, berkenalan sahaja pun aku tidak mahu setelah apa yang sudah aku lalui. Tetapi Zaza lain, dia bersungguh-sungguh menunjukkan usahanya untuk berkawan rapat denganku bukan semata-mata kerana simpati, tetapi untuk menjadi sahabatku sehingga ke Syurga. Sebab itulah, sehingga sekarang aku sanggup buat apa sahaja untuk Zaza! Aku tak pernah berkira dengannya walaupun untuk sebesar zarah.

Aku marah dan kecewa bukan kerana perasaanku terhadap lelaki itu, tetapi kerana perbuatan bekas kawanku yang sangat tidak boleh aku lupakan apatah lagi untuk dimaafkan.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now