Bab 100

658 43 4
                                    

"Thank you, hubby." Ucapku kepada Faiq yang sedang berjalan ke arahku. Dia baru selesai membersihkan diri selepas pulang dari gym.

"Untuk apa?" Soalnya sambil mengambil tempat di sebelahku.

"Sebab bagi sayang luangkan masa dengan Zaza tadi."

"Anythinglah for my baby ni.."

"Esok hubby cuti, kan?" Tanyaku.

Faiq mengangguk.

"Actually, sayang mengidam sesuatulah.. Tapi..." Jeda.

"Tapi?"

"Tapi, tempat tu jauh." Jawabku jujur.

"Sayang cakaplah dulu. In Syaa Allah, hubby akan cuba tunaikan."

"Sayang mengidam nak makan nasi kandar. Tapi, nak yang dekat Penang punya, hehe..."

"Penang? Dekat sini pun banyak nasi kandar, sayang.."

"Tak nak. Sayang nak yang dekat Penang juga."

"Okey, esok kita pergi. Alang-alang, kita honeymoon lagi sekali ajelah terus."

Aku senyum, 'Yeay! Dapat makan nasi kandar!'

"But, now hubby pun tengah craving juga. May I?"

Mukaku membahang panas. Dengan perlahan-lahan aku mengangguk.

"I love you, babies."

Keesokan harinya...

"Sedap tak?" Soal Faiq kepadaku yang sedang fokus menikmati nasi kandarku.

"Sedap! Thank you, hubby.." Tuturku.

"Lepas ni, kita pergi jalan-jalan nak?"

"Nak! Nak!"

Faiq memimpin erat tanganku sambil kami berjalan di persisiran pantai. Sekali sekala dia menoleh memandangku.

"Kenapa diam aje dari tadi ni? Lapar lagi ke?" Faiq membuka bicara.

"Taklah. Kenapa hubby suka bawa sayang pergi pantai eh?" Tanyaku sengaja mencari topik.

"Sebab isteri kesayangan hubby ni kan suka pantai.." Balasnya.

Faiq menarik tanganku untuk berhenti. Kami kemudiannya melabuhkan duduk di tepi pantai itu.

"Sayang tertanya-tanyalah, hubby.." Ucapku.

"Tertanya-tanya pasal apa?" Soal Faiq.

"Kenapa hubby sanggup setia dengan sayang sampai 5 tahun? Kenapa hubby tak cari seorang wanita yang hubby sendiri boleh jumpa bila-bila masa. Kenapa perlu tunggu sampai 5 tahun?" Soalan yang selama ini bermain di fikiran akhirnya keluar dari ulas bibirku.

"Jawapan dia senang je, sayang." Ucap Faiq.

Aku memandangnya penuh dengan rasa ingin tahu.

"Sebab cinta." Balasnya.

"Hubby dah jatuh cinta dengan sayang sejak kali pertama kita bersua. Hati hubby bagaikan dah dibawa dan digenggam kemas oleh seorang wanita yang baru sahaja hubby kenal. Hubby tak boleh nak buka hati untuk sesiapa sebab hati hubby seakan dah dikunci setelah kehadiran seorang wanita dalam hidup hubby. Dan, wanita itu adalah sayang. Nur Athea Izara binti Zakri."

"Keinginan hubby untuk memperisterikan sayang sangat kuat sebab hubby tak nak buang masa. Dan hubby tahu, itulah tanda yang hubby betul-betul dah jatuh cinta. Hubby tak nak kehilangan sayang jadi hubby terus ajak sayang kahwin. Syukurlah, Allah lembutkan hati sayang untuk terima hubby. Semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Alhamdulillah." Tutur Faiq sambil dia memandang ke arah pantai di hadapan. Sekali sekala, dia menoleh memandangku di sebelah.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now