"Okey, maaf awak diterima. Next?" Jawabnya.
Comelnya dia ni!
"Yang kedua, saya nak minta maaf sebab tak balas WhatsApp awak dengan ayat. Saya tahu awak berusaha untuk tenangkan saya dan saya nak awak tahu yang saya sangat-sangat hargai usaha awak tu. Cuma saya tak sempat tadi sebab ibu dah panggil untuk turun. Boleh tak awak maafkan kedua-dua kesalahan saya ni?"
"Okey, saya maafkan sayang saya ni."
Dia kemudiannya memandangku, "Love.. Sebenarnya saya tak kisah pun dengan kesalahan awak tadi sebab saya faham. Awak berusaha untuk surprisekan saya dan emoji love yang berwarna putih yang awak hantar untuk saya tadi, dah cukup untuk buat saya bahagia."
"Jadi, awak dah maafkan saya?"
"Ja, shat.."
"Okey.. Thank you, Mr Adzrin.."
"You're welcome, love.." Ucap Faiq.
"Baby?" Faiq memanggilku.
"Hm?" Aku membalas.
"Awak nak bertunang bila?"
"Eh, kan saya bagi awak yang pilih tarikh bertunang?"
"Awak serius ke dengan apa yang awak cakap tu? Awak betul-betul tak kisah ke kalau saya yang pilih tarikh?" Tanya Faiq.
"Yes! Awak pilih lah, saya ikut aje.."
"Kalau macam tu.. Lagi seminggu kita bertunang, boleh?"
"Sempat ke?"
"Sempat je, love.. Yang penting, cuma persetujuan dari awak. So, macam mana, love?"
"Okey.. Nanti saya cakap dengan abah."
"No need, baby.. Saya dah bincang dengan keluarga awak. Mereka semua setuju."
Aku tersenyum, "Saya suka bila awak sentiasa dahulukan wali-wali saya dalam setiap keputusan yang awak nak buat."
"So, awak dah mula jatuh cinta dengan saya?" Tanya Faiq.
"Siapa kata saya dah mula jatuh cinta dengan awak?" Gurauku.
"Really, baby..." Ucapnya manja dengan suara yang meleret.
Dia sekali lagi melentokkan kepalanya ke kerusi seperti yang dia buat sebelum balik ke hotel tadi.
Aku hanya membalas dengan senyuman sambil mengangkat keningku seolah mengusiknya.
"Love.. Awak dah janji tak nak gurau macam ni, kan?" Ucapnya lagi.
"Betullah.. Saya tak bergurau pun. Saya bukannya mula jatuh cinta dengan awak, tapi saya memang dah jatuh cinta dengan awak, Adzrin.." Aku tersenyum menahan tawa.
"Baby..." Ujarnya meleret.
"Awak happy?" Tanyaku.
"Saya happy sangat, sayang.."
Aku hanya mengangguk dan tersenyum manis.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...