"Aku takut aku salah buat pilihan."
"Kalau mindset hang dah lagu tu.. Sampai bila-bila pun hang tak akan kahwin, Thea.. Awat? Hang takut sebab kes cerai la ni makin banyak ka?"
Aku diam.
"Jodoh, ajal dan maut tu di tangan Tuhan, Thea.. Kalau betui hang takut nak kahwin sebab kes rumahtangga yang semakin berleluasa la ni, aku nak habaq kat hang. Kalau ada pun lelaki yang curang dan tawaq hati dengan isteri depa, itu pilihan depa. Hang tak buleh nak anggap semua lelaki sama hanya disebabkan kesalahan yang dibuat oleh kaum depa sendiri."
"Iya, aku tahu.. Perkahwinan bukan satu benda yang boleh dibuat main.."
"Okey, lepaihtu? Hang dok risau pasai apa lagi?"
"Aku masih trauma dengan kisah yang jadi 3 tahun lepas." Ujarku perlahan namun masih dapat didengari oleh Zaza.
Zaza kemudiannya merapatkan kerusinya denganku lalu dipeluknya aku dari sisi.
"Thea.. Hang tahu aku akan sentiasa ada dengan hang kan? Aku tak pernah tinggaikan hang dan aku tak akan sesekali tinggaikan hang. Aku dah pernah janji kan dulu? Doa aku, ibu, abah dan along akan sentiasa ada untuk hang walau dimana pun hang berada. Jadi, aku cuma minta kat hang untuk letak kepercayaan pada Faiq yang Allah dah kirimkan untuk hang untuk ambil alih tanggungjawab abah untuk jaga dan bimbing hang sampai Syurga. Bagi dia peluang.. Apa pun yang jadi seterusnya, aku akan sentiasa ada dibelakang hang."
Selepas apa yang jadi pada 3 tahun yang lepas, aku dah tak berminat untuk simpan perasaan terhadap mana-mana lelaki. Jangankan simpan perasaan, berkawan sahaja pun aku tak berminat.
Satu benda tentang Zaza, dia memang suka mengusik kadang-kadang. Tapi bila aku sedih, marah atau perlukan seseorang untuk bercerita, dia tak pernah lepas tangan. Dia akan beri sepenuh perhatiannya untuk aku. Andai kata aku sedih, dia juga dapat merasa kesedihanku.
Aku bersyukur kerana Allah hadirkan seorang sahabat yang sangat memahami dan sangat baik kepadaku.
"Kalau benda lama jadi balik, macam mana?" Tanyaku.
"Athea Izara.. Hang kena berhenti pikiaq pasai benda yang dah lepaih. Andai kata benda dulu jadi balik pun, hang ingat aku akan lepaih tangan ka? Aku takkan biaqkan sesiapa pun sakitkan hati hang lagi, okey?" Tutur Zaza.
Aku sebak mendengar kata-katanya. Aku menunduk lalu memandang kembali ke arahnya dan kemudian aku memeluknya.. Erat..
"Thank you, Zaza! Kau selalu ada dengan aku dari dulu sampai sekarang. Kau tahu semua baik buruk aku tapi kau tetap setia berkawan dengan aku. Kau selalu tenangkan aku, stay dengan aku walaupun semua orang cuba untuk jauhkan diri daripada aku masa 3 tahun yang lepas. Thank you, Zaza! Aku sayang kau sangat!" Ucapku menahan sebak.
"Takdak apa aih hang nak berterima kasih bagai kat aku. Aku buat semua ni sebab aku sayang kat hang. Kalau aku tak sayang kat hang, lantak pi lah kat hang mau kahwin ka dak." Ujarnya.
Aku melepaskan pelukan.
"Kau tak nak tanya ke apa jadi masa dinner tadi?"
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...