Bab 58

609 29 0
                                    

Setelah selesai menghabiskan makanan yang dipesan, Faiq tiba-tiba bersuara.

"Love?" Panggil Faiq.

Aku mengangkat wajah, "Yes?"

"Saya nak jujur dengan awak, boleh?"

Aku mula fokus memandangnya, "Pasal apa?"

"Pasal kita."

"Okey."

"Sebenarnya saya tak kuatlah. Saya takut kalau benda macam tadi akan jadi balik. Kalau ikutkan hati saya, dah lama saya cepatkan tarikh nikah kita. Tapi saya kena hormat awak juga, saya tak boleh buat keputusan sesuka hati saya je.."

Aku hanya diam membisu.

"Baby.. Saya betul-betul takut. Saya tak bersedia dan tak akan pernah bersedia untuk kehilangan awak. Tolong janji dengan saya yang awak tak akan sesekali tinggalkan saya.. Awak tak tahu perasaan saya bila call dengan awak tadi, awak dingin dengan saya. Rasa nak gugur jantung saya ni, tahu tak?" Ucap Faiq.

Aku tersenyum.

"Jangan buat macam tu lagi, please.. Saya takut." Ucap Faiq lagi.

Aku mengangguk, "Saya janji saya tak akan tinggalkan awak bilamana awak masih perlukan saya untuk sentiasa ada dalam hidup awak."

"Saya sentiasa perlukan awak untuk selalu ada dalam hidup saya, schat. I love you so much, mijn blanke liefde.."

Aku senyum, "Jangan fikir sangat pasal benda tadi, okey?"

Faiq mengangguk, "Okey, love."

Setelah habis berbual, kami kemudiannya bergerak ke arah kereta masing-masing.

"Baby sure ke tak nak balik dengan saya ni?" Tanya Faiq.

Aku mengangguk, "Esok saya kerja, so tak nak susahkan awak.."

"Awak tak pernah susahkan saya, love. Banyak kali dah saya cakap benda ni dengan awak."

Aku senyum, "Okeylah, saya balik dulu ya? Awak drive safe tau."

Faiq membalas senyumanku, "Okay, love. Awak pun drive safe, okey?"

Kami akhirnya masuk ke dalam kereta masing-masing dan mula memandu untuk pulang.

Seminggu berlalu...

Harini aku memutuskan untuk melawat Faiq di pejabatnya, sengaja aku mahu membuat kejutan.

Aku turun ke dapur untuk menyediakan makanan yang sudah aku masak untuk diberikan kepada Faiq.

Aku kemudiannya meletakkan lauk yang sudah dimasak itu ke dalam sebuah tupperware. Setelah siap membungkus, aku keluar dari dapur dan segera menuju ke pintu utama.

Zaza keluar dengan Violet harini, jadi rumah rasa sunyi sikit.

Aku bergegas menuju ke luar rumah dan setelah masuk ke dalam kereta, segera aku memulakan pemanduan.

V'Dzrin Corporation

Aku keluar daripada kereta dan terus berjalan memasuki bangunan mewah itu.

"You're Miss Athea, Mr. Faiq's fiancée, right? Hi, I'm Sarah. Is there anything I can help you with, Miss?" Tanya salah seorang pekerja di situ apabila aku berhenti di kaunter.

Aku senyum, "I nak jumpa dengan Encik Faiq. Dia ada tak?"

Sarah senyum sambil mengangguk, "Cik Athea dah buat temu janji ke?"

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now