Bab 66

760 30 2
                                    

"Schat?" Panggil Faiq.

Aku menoleh, "Ya?"

"Sini duduk sebelah saya.." Faiq menepuk ruang kosong di sebelahnya.

Aku yang sedang duduk di sebuah sofa sambil bermain dengan telefon bimbitku, terus mengangkat wajah dan segera berjalan untuk duduk di sebelahnya.

"Ada apa?" Tanyaku.

"Apa yang sayang rasa masa kita jumpa depan bilik hotel sayang tadi?"

"Rasa? Saya tak rasa apa-apa pun." Jawabku.

Faiq ketawa, "Eleh, tipu.. Saya nampaklah muka awak berubah tadi. Terasa dengan saya eh?"

"Mana ada."

"Iya."

"Mana ada."

"Iya."

"Man..."

Belum sempat aku menhabiskan ayatku, Faiq sudahpun memotong.

Faiq mencapai kedua tanganku dan digenggamnya erat, "Baby, saya nak awak tahu yang saya pun rasa benda yang sama. Apa yang awak rasa, macam itulah yang saya rasa bila awak halang saya dari berhubung dengan awak. Even for a day, I can't stay away from you. Saya call awak, mesej awak, tapi awak tak balas. Bila saya call along, dia cakap awak keluar. Saya risau sangat, tahu tak?"

"Sorry.. Saya keluar sekejap aje semalam."

Faiq tiba-tiba mencium pipiku sekilas, "Menjawab aje.. Lepas ni, kalau sayang nak menjawab lagi, saya dah tak kisah dah."

"Eee.. Ambil kesempatan!"

"Well, bukan orang lain pun." Jawab Faiq.

Aku kemudiannya berdiri tetapi Faiq dengan pantas menarik tanganku membuatkan aku kembali terduduk.

"Nak pergi mana?" Tanya Faiq.

Tiba-tiba Faiq mendekatkan wajahnya dengan wajahku.

"Err.. S-Saya nak mandi." Jawabku.

Hanya itu sahaja alasan yang terlintas di kepalaku untuk mengelak daripada lelaki di hadapanku ini.

"Hm? Tadi kan dah mandi?"

"T-Tadi kan saya turun bawah, so saya nak mandi lagilah."

'Jangan gagap, Thea! Coverlah sikit!'

"Kenapa nak kena mandi lagi?" Tanya Faiq.

Dup dap dup dap...

Argh! Hati aku macam dah nak tercabut!

Faiq tiba-tiba mendekatkan lagi jarak antara kami, "Kenapa gelisah je ni, love?"

"M-Mana ada! Adzrin, lepaslah.. Saya nak mandi, lepas tu saya nak tidur." Ucapku sambil mencuba melepaskan diri.

"Tadi dekat bawah, sayang kata sayang tak mengantuk lagi kan? Kenapa cepat-cepat nak tidur pula sekarang ni?"

Mata Faiq kini sudah meneliti setiap inci wajahku sambil senyuman terukir di bibirnya.

Ha sudah!

"Tadi saya tak mengantuk lagi, and sekarang saya dah mengantuk. Awak sendiri yang cakap kan, esok kita ada majlis resepsi? So, mestilah saya kena tidur awal. Lepaslah, please.." Rayuku lagi.

"Menjawab lagi? Sayang nak saya buat macam tadi ke? Tapi, tadi dah dekat pipi kan? Sekarang saya dah jumpa tempat baru. Can I?" Ucap Faiq sambil menilik wajahku.

Nak nangis!

"Saya dah mengantuk."

"Awal lagi, baby."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now