6:40 pagi
"Morning, Thea!" Sapa Zaza riang yang baru sahaja turun ke tingkah bawah.
"Morning.. Sini, meh duduk makan cepat." Jawabku.
"Jadi ka Faiq mai ambil kita?"
"Mestilah jadi.. Kenapa?"
"Takdak lah, aku boleh ja drive sendiri."
"Jangan nak buat hal, Zaza. Kau kena teman aku."
"Eleh, hang ni. Selalunya elok ja hang keluaq dengan dia berdua. Awat? La ni hang malu ka?"
Aku kemudiannya duduk berhadapan dengan Zaza.
"Of courselah! Dulu kan aku jual mahal dengan dia. Tup tup harini dia dah nak hantar rombongan meminang. Kau rasa?"
"Biasalah tu. Orang baru nak mula bercinta memang akan malu-malu lagu tu!"
"Dah lah, makan cepat. Takut dia tiba-tiba sampai aje kang. Dia tu dahlah terlebih punctual!"
Lalu aku dan Zaza pun menikmati hidangan sarapan yang telah aku sediakan.
7:50 pagi
Aku duduk di sofa bersama Zaza. Zaza sibuk bermain dengan telefon bimbitnya manakala aku pula sedang bersandar dan mendongak sambil memejamkan mata.
Tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada notifikasi yang baru sahaja masuk. Aku membuka mata dan mencapai telefonku.
Adzrin yang tertera di skrin telefon.
-Adzrin
Love? Saya dah sampai depan rumah awak ni.Ringkas pesanan yang dihantar namun cukup untuk membuatkan aku kelam kabut untuk bangun daripada posisi bersandar aku sebentar tadi.
"Eh eh awatnya hang ni? Pasaipa kelam kabut sangat ni?" Tanya Zaza.
"F-Faiq dah sampai.." Jawabku tergagap.
"Hey, Thea.. Relax.. Okey, dia dah sampai. Jom, jom.."
"Jom.." Jawabku.
Zaza dengan segera menuju ke arah pintu utama untuk membuka pintu manakala aku kelam kabut mencapai segala keperluanku. Beg, telefon bimbit, kasut dan sebagainya.
Spect mata hitam nak bawa tak?
"Lekaih, Thea.." Zaza bersuara.
"Ha iya, iya.. Aku datang ni."
Sebelum aku keluar, aku menutup segala suis elektrik dan kemudiannya aku mengunci kembali pintu utama rumahku.
Faiq sedang bermain dengan telefon bimbitnya sambil duduk di bonnet hadapan keretanya.
Perkara pertama yang aku lihat setelah aku memusingkan badan ialah... Wajah beku dan dingin Faiq apabila dia mengangkat wajahnya memandangku.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...