Bab 33

671 25 0
                                    

"Amboi.. Kat luaq rumah pun sempat noh dating?" Usik Zaza selepas aku melangkah masuk ke dalam rumah.

"Zaza.. Takkan itu pun nak jealous?" Jawabku membalas usikannya.

"Yalah, aku ni tak dak sapa pun yang mau. Bila lah nak merasa pi dinner macam hang, kan?"

"Alaa, Zaza cedih ke? Tak mau lah cedih-cedih."

"Untunglah kan.."

"Eleh.. Ha ni, Zaza. Aku nak minta tolong sikit, boleh?"

"Padia?"

"Kalau aku nak kau jadi bridesmaid aku nanti, boleh?"

"HAH?" Jerit Zaza.

"Kenapa? Tak boleh ke?" Tanyaku.

"Kenapa hang tanya aku lagu tu? Kalau hang tak tanya pun, aku sendiri yang akan tawaq diri tau!"

"Serius ke, Zaza?" Tanyaku teruja.

"Ha lah! Tak sabaq aku nak layan hang nanti. Tolong touch-up hang kat ataih pelamin.. Uihh! Tak sabaq!"

"Thank you, Zaza! Lurve lah Zaza ni!"

"Of courselah lurve! Zaza Qasdiera kot!" Jawabnya riak.

11 malam

Aku menuruni anak tangga untuk ke dapur. Setelah sampai di bawah, aku lihat Zaza sedang duduk di meja makan sambil bermain dengan telefon miliknya.

"Ha, buat apa tu!" Sergahku.

"Opocot!" Latah Zaza.

"Kau buat apa ni?" Tanyaku.

"Ish, aku lah hang ni! Tak buleh ka hang panggil aku elok-elok? Kalau aku ni ada sakit jantung, lagu mana? Tak sempat aku nak merasa jadi pengapit hang, tau dak?" Bebel Zaza.

"Cowwy, lah.. Kau buat apa ni? Kenapa tak tidur lagi?"

"Saja.. Lagipun aku tunggu hang lah."

"Hah? Kenapa?"

"Nak borak-borak dengan hang."

"Oh.. Ha, ada apa?" Aku kemudiannya manarik kerusi di sebelah Zaza untuk duduk.

"Esok pi qeja pukui berapa?" Tanya Zaza.

"Pukul 9 pagi." Jawabku ringkas.

"Oh, siapa hantaq?"

"Faiq. Hehe.."

"Aku nak usik hang, tapi takpalah. Malam dah ni."

"Ha, Zaza yang tak mengusik ni memang lurve!"

"Toksah dok main banyak sangat, Thea. Esok hang nak mula qeja dah. Lepaihni hang dah mula sibuk dengan qeja, dengan majlis tunang hang. Lepaihtu hang punya majlis nikah lagi. Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan.. Aku doakan hang berjaya dalam kerjaya hang yang bakal bermula esok, sebab itu adalah minat hang dari kecil, kan? Good luck, Athea!" Panjang lebar Zaza berkata.

"Thank you, Zaza! Ini semua sebab doa hang juga! Zaza, aku sanggup buat apa ja untuk hang tau! Kalau ada apa-apa yang hang tak suka pasai aku, hang bagitahu teroih! Aku janji aku akan ubah." Jawabku.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now