Tak pasal-pasal aku yang nak kena layan 'tetamu' sorang ni. Abah meminta diri untuk naik ke bilik kerana ingin mengerjakan solat Zohor. Begitu juga dengan ibu dan Zaza. Jadi, akulah yang terpaksa melayan 'dia' memandangkan aku sahaja yang sedang 'cuti'.
Aku dan dia duduk di kerusi luar rumah kerana abah yang menyuruhku untuk berbuat demikian sebelum abah naik ke bilik sebentar tadi.
Aku hanya diam membisu sambil merenung ke kawasan luar rumah.
"Awak memang suka termenung ke?" Dia bersuara.
Aku memandangnya sekilas lalu mengalihkan pandanganku ke kawasan luar rumah semula.
"Saya tahu awak tak sombong pun sebenarnya. Semalam masa awak bercakap dengan abah dan along awak, saya nampak awak seorang yang ceria. Tapi, mungkin awak tak kenal saya lagi, jadi sebab itu awak macam sombong." Ucapnya lagi.
Aku tak boleh lepaskan peluang ini! Jangan sia-siakan waktu yang ada, Thea!
"You cakap apa masa dekat taman haritu?" Tanyaku tanpa berdalih lagi.
"Yang mana?" Jawabnya pula.
"Ayat last you sebelum you pergi haritu and semalam pun you ada cakap ayat tu lagi dekat I."
"Oh, yang itu.. Mana boleh saya bagitahu awak for free, awak kena lah jadi kawan saya dulu."
"Oh, okey." Jawabku ringkas lalu terus mendiamkan diri.
"Macam tu aje? Awak tak nak tahu ke apa maksud ayat saya tu?" Tanyanya selepas beberapa saat aku mendiamkan diri.
"I tak suka berkawan dengan orang yang suka mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain." Jawabku lalu terus memandang ke arah lain.
"Okay, mijn blanke liefde." Ucapnya sambil mata masih memandang ke arahku.
"Can you stop saying that sentence to me?" Kataku sambil membuat muka menyampahku.
Dia hanya ketawa sambil bersandar di kerusi. Matanya masih tidak lepas dari memandang wajahku.
"Pandang apa?" Tanyaku ringkas.
"Pandang bidadari.. Betul lah orang kata, bidadari tu sebenarnya memang wujud."
"Sorry, ayat tu dah lapuk! Pergi try dekat orang lain lah eh.."
"For what? Saya tak akan cuba dan tak akan sesekali buat dekat orang lain selain daripada seorang Athea Izara."
Eeee.. Nak halau tak boleh! Ibu dengan abah selalu pesan supaya layan tetamu dengan baik. Tapi mamat ni sangat-sangat menguji kesabaran aku sekarang ni..
"Assalamualaikum.." Ucap seseorang dari luar rumah.
"Along! Eloklah along dah balik, meh duduk sini layan kawan along ni. Thea nak masuk." Ujarku.
"Eh, Faiq pun ada? Sowwy, adik.. Along belum solat lagi ni! Along masuk dulu ya! Ha Faiq, minumlah.. Jangan segan-segan ya.. Saya masuk dulu." Jawab along.
What? Apa along ni!
Faiq hanya tersenyum sambil mengangguk.
Sampai bila nak duduk sini dengan mamat ni? Benci lah macam ni! Mana abah ni?
"Kalau awak rasa dengan abaikan saya sekarang ni akan buat saya putus asa dari berkawan dengan awak, awak silap Cik Athea." Dia bersuara.
Aku hanya buat tidak endah. Da da da da cakap lah apa yang you nak cakap Mr Faiq. I malas nak layan!
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...