"Assalamualaikum.." Aku memberi salam.
Beberapa saat kemudian, salamku disahut oleh seorang wanita.
"Waalaikumussalam.. Ha, sampai dah anak-anak ibu. Meh masuk.." Ajak ibu mesra.
Aku dan Faiq bersalam dengan ibu sebelum melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah.
"Ibu apa khabar? Sihat ke?" Tanyaku prihatin.
"Alhamdulillah, sihat."
"Zaza dah sampai ke, bu?" Tanyaku bagi memulakan perbualan.
"Belum lagi. Dia kata petang sikit baru dia gerak.." Balas ibu.
"Oh.. Abah mana?" Tanyaku lagi.
"Ada ni ha.." Sampuk abah yang baru tiba di ruang tamu.
Aku bangun untuk bersalam dengan abah, begitu juga dengan Faiq.
"Abah sihat?" Ramah Faiq bertanya.
"Alhamdulillah.. Sihat orang-orang tualah, Faiq.."
Faiq senyum.
4 petang
"Ibu? Abah?" Sapaku.
"Ya?" Jawab ibu.
"Thea dengan Faiq nak keluar pergi taman tau? Ibu dengan abah ada nak kirim apa-apa tak?" Tanyaku.
"Tak ada apa pun.. Eloklah Thea bawa Faiq tu jalan-jalan ke kawasan rumah kita ni.." Jawab abah pula.
Aku senyum, "Okey.. Thea pergi dululah, ya?"
"Baiklah. Hati-hati.."
"Okey, ibu!"
Usai memakai kasut, aku berdiri dan berjalan ke arah Faiq yang sedang menunggu di hadapan.
"Jom!" Ucapku.
"Naik kereta ke?" Tanya Faiq.
"Hubby nak berjalan ke? Sayang okey aje.."
"Kita naik keretalah, nanti sayang penat pula."
"Okey!"
"Assalamualaikum.." Sapa satu suara dari luar pagar.
"Waalaikumussalam!" Serta-merta senyuman lebar terbit di bibirku.
"Zaza!" Jeritku apabila kelibatnya sudah masuk ke dalam kawasan rumah.
Dengan pantas aku berlari mendapatkannya dan terus sahaja aku memeluknya erat. Rindu!
"Ish, tak tahu malu ka hang ni? Nampak tu suami hang dok tengok ja perangai hang!" Marah Zaza.
"Rindulah dekat Kakak Jaja kita ni! Awat lambat sampai, Za?"
"Jalan jammed tadi. Ni hang nak pi mana ni?" Tanya Zaza.
"Joging. Nak ikut ka?" Pelawaku.
"Ish, tak mau lah!"
"Awat?"
"Sibuk aih nak ajak-ajak orang! Tu, suami hang dok tunggu. Pi lah lekaih!"
Aku menjelingnya, "Eleh, kerek betul! Dahlah, jom Faiq!"
"Konon merajuklah tu? Lantak pi lah kat hang, takda masa aih aku nak pujuk!" Gurau Zaza.
"Malaih layan hang!" Jeritku sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Setelah beberapa minit di dalam kereta, tanganku tiba-tiba dicapai oleh Faiq.
Aku menoleh sambil mengangkat kening.
![](https://img.wattpad.com/cover/334058249-288-k813933.jpg)
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...