Sedang aku dan Zaza sibuk memilih barang-barang sebelum memasukkan ke dalam troli, tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.
Nama Adzrin tertera di skrin.
Aku memandang Zaza.
"Aku pi cari barang kat sana sat noh? Satgi aku mai balik.." Ucap Zaza.
"Okey.. Nanti apa-apa call je aku tau?" Jawabku.
"Okey!"
Aku kemudiannya mengangkat panggilan telefon itu selepas Zaza pergi meninggalkanku.
"Assalamualaikum, sayang.." Faiq mula bersuara setelah aku mengangkat panggilannya.
"Waalaikumussalam, Encik Tunang. Ada apa ni?" Tanyaku.
"Tak ada apa pun. Hehe.. Awak dah sampai KL ke, love?"
"Dah.. Saya baru aje sampai ni."
"Oh.. Kalau macam tu, jom keluar? Awak cuti kan harini?" Tanya Faiq.
"Saya kat luar ni.." Jawabku.
"Love pergi mana?"
"Beli groceries dengan Zaza. Saya tak sempat singgah rumah pun tadi sebab terus ke sini."
"Oh, sayang penat ke?"
"Tak pun, kenapa?"
"Jom keluar? Lepas sayang balik, sayang siap-siaplah dulu. Nanti saya datang ambil sayang. Boleh? Tapi kalau sayang penat, tak apalah. Kita pergi lain kali aje." Tutur Faiq.
"Nak pergi mana?" Tanyaku.
"Adalah.."
"Okeylah.. Nanti kalau saya dah siap, saya call awak."
"Okay, love! Jumpa sayang nanti!" Ucapnya.
"Okey, bye.." Jawabku lalu terus mematikan panggilan.
Setelah selesai memilih barang, aku dan Zaza terus berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Aku kemudiannya menghulurkan sekeping kad kepada juruwang itu.
Apabila selesai membuat pembayaran, kami berdua bergerak ke arah kereta untuk pulang.
12:30 tengahari
Kami berdua akhirnya selamat sampai ke rumah.
"Zaza, kau betul-betul okey ke aku nak keluar ni?" Tanyaku.
"Awat? Hang ingat aku ni penakut ka nak duduk rumah sorang-sorang? Aku ni berani tau!" Gurau Zaza.
"Jangan cakap besar Zaza, n..."
Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Zaza segera memotong.
"Hang toksah nak takut-takutkan aku noh, Thea? Hang pi naik ataih, pi siap lekaih. Satgi tunang hang sampai tengok hang tak siap lagi, lantak pi lah kat hang." Bebel Zaza.
Aku ketawa, "Eleh, takutlah tu. Okeylah, aku naik atas dulu. Bye, Kakak Jaja!"
2 petang
Sengaja aku menyuruh Faiq mengambilku pada pukul 2 petang kerana aku mahu memberi ruang padanya untuk menunaikan solat Zohor. Aku tidak mahu dia tergesa-gesa.
Ting!
Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku melihat skrin dan terteralah nama Adzrin.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomansTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...