"Awal lagi ni Zaza kalau hang nak buat drama air mata.. Aku dah nak nangis dah ni!" Jawabku.
Aku tak boleh bila Zaza dah mula serius macam ni. Jarang sekali dia nak cakap benda-benda macam ni.
"Aku sayang kau sampai Jannah tau, Zaza!" Ucapku sambil memeluknya.
"Aku pun sayang hang juga.." Jawabnya lalu membalas pelukanku.
Kemudian aku dan Zaza duduk secara berhadapan sambil berbual. Beberapa minit kemudian, ibu dan abah pun turun dari tingkat atas.
"Selamat pagi, ibu! Selamat pagi, abah!" Serentak aku dan Zaza menyapa ibu dan abah.
Tiba-tiba along pula turun ke bawah. Aku dan Zaza berpandangan sesama sendiri dan..
"Selamat pagi, along!" Jerit kami berdua.
"Amboi, lain macam kamu berdua harini ya? Ada apa?" Tanya abah.
"Hehe.. Tak ada apa lah, abah. Okey ibu, abah, along dan Zaza dipersilakan duduk ya sebab Thea dah sediakan sarapan untuk anda semua.." Kataku lalu bergerak ke dapur untuk mengambil nasi goreng yang sudah aku pindahkan ke dalam bekas.
"Taraaaaaa..." Ucapku sambil membawa bekas yang berisi nasi itu ke atas meja.
"Terimalah nasi goreng daripada Nur Athea Izara.." Kataku dengan bangga.
"Jemput makan ya semua. Kalau sedap boleh tambah lagi. Kalau tak sedap, diam aje dan tambah juga.. Hehe.."
"Zara yang masak ke ni? Wah, jarang sekali ya dapat merasa air tangan Zara.." Along bersuara.
"Dah, jom makan. Penat anak abah ni bangun pagi-pagi buatkan sarapan untuk kita semua.. Tapi semua orang kena jujur, kalau tak sedap cakap je tak sedap, okey semua?" Kata abah seakan mengusikku.
"Abahhhh..." Ujarku meleret.
"Tak ada lah. Anak abah ni masak nasi goreng memang tak pernah mengecewakan! Jom duduk, kita makan sekali." Jawab abah.
Aku memandang ke arah along sambil mengangkat kening beberapa kali.
"Semangatnya Zara masak harini.. Ke semangat sebab nak keluar dengan Faiq ni?" Usik along lagi.
"Dah along, kesian Thea ni.. Bagi dia rehat dulu. Nanti lepas dia balik 'dating' kita sambunglah usik dia." Ucap ibu pula dan dengan sengaja ibu menekankan perkataan 'dating' itu.
Abah hanya ketawa.
"Abah pun gelak? Abah.. Abah kena ada dekat pihak Thea! Kenapa abah gelak juga?" Aku bersuara seakan merajuk.
"Oh, abah dekat pihak Thea ke? Okey, okey.. Along, abah denda along sebab usik anak manja abah sorang ni. Lepas ni along kena cuci kereta abah dekat luar tu." Jawab abah sambil mengangguk ke arahku.
Aku membalas anggukan abah. Kemudian aku menjeling ke arah along sambil mengangkat keningku dan mengelipkan mataku beberapa kali ke arahnya.
"Cuci bersih-bersih tau, along!" Aku tersenyum lebar.
7:50 pagi.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...