Bab 25

765 33 0
                                    

"Sekejap, love.." Panggilnya.

Aku hanya mengangkat keningku sebagai tanda 'apa?'.

"Saya nak pujuk sayang saya ni. Sayang marah saya ke?"

Aku hanya diam.

"Saya minta maaf.."

"Untuk?"

"Sebab saya macam dingin dengan awak tadi."

"Okey." Sekali lagi aku cuba untuk keluar daripada kereta.

Tapi dengan pantas Faiq menahanku daripada membuka pintu kereta. "No.. Saya nak minta maaf sebab saya dingin dengan sayang tadi. Saya tak ada niat pun. Cuma saya tak suka orang nampak sisi saya yang ni."

"Maksud awak?"

"Tak ada sesiapa pun yang pernah nampak sisi saya yang satu ni. Awak seorang je, sayang.. Awak seorang je. Perwatakan dan cara layanan saya sekarang ni, tak pernah dapat dekat mana-mana orang termasuk keluarga saya."

Aku diam lagi.

"Nanti sayang akan faham maksud saya tu. But, now I wanna know, have you forgiven me, love?"

"Okey, saya maafkan awak.. Dah, jom masuk lepastu kita makan. Nanti perut awak masuk angin pula."

"Sekejap, biar saya bukakan pintu kereta untuk awak."

"Adzrin.. Tak perlu. Saya boleh buka sendiri. Jom cepat."

"Okay, love."

"Assalamualaikum.." Ucapku memberi salam.

"Waalaikumussalam.. Lah, ingat tak nak masuk tadi." Usik along.

"Ibu dengan abah mana, along?" Tanyaku sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ibu dekat dapur.. Abah pula macam biasalah, dekat surau. Eh Faiq, mehlah masuk." Jawab along.

"Sekejap ya. Along nak naik atas ambil phone sekejap. Faiq duduk dulu tau." Ucap along lagi.

Faiq hanya mengangguk.

"Awak tunggu sini sekejap ya? Saya pergi hidangkan makanan untuk awak. Awak nak air apa?" Tanyaku selepas along sudah naik ke tingkat atas.

"Tak apa ke? Saya makan dekat luar ajelah.."

"Oh.. Tak apalah kalau awak dah cakap macam tu. Ha, pergilah balik cepat." Ujiku.

Aku nampak perubahan pada wajah Faiq selepas aku menuturkan kata-kataku sebentar tadi.

"S-Sayang serius ke?" Tanya Faiq gagap.

"Ha, tahu pun gagap! Nak makan kat sini ke tak nak?" Aku bersuara sambil berpura-pura garang.

"N-Nak, nak.."

"Main-main lagi kan? Awak ingat saya akan pujuk awak ke? Memang tak lah! Tunggu jadi suami nanti, baru saya pujuk, okey?" Ucapku.

Faiq senyum.

"Awak nak air apa?" Tanyaku sekali lagi.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now