Bab 45

747 31 2
                                    

Aku memandang sekeliling, 'lama pula makanan ni nak sampai.'

"Sekejap eh? Nanti makanan sampai.." Ucapku seperti sedang memujuk seorang kanak-kanak.

Faiq hanya mengangguk lalu memejamkan matanya. Rambut hadapannya terjuntai sehingga menyentuh dahinya.

Alahai, comelnya...

"Uncle Iq demam.. Tak boleh nak main dengan Luth. So, Luth main dengan aunty aje, okey?"

Aku melihat Faiq sekilas, dia tidak beriak. Sudah tertidur mungkin?

Aku kemudiannya terasa mahu pergi ke tandas, aku menyerahkan Luth kepada Fazrin yang berada di sebelahku.

"Faz.. Kak Athea nak pergi tandas sekejap eh?" Ucapku.

"Nanti abang bangun macam mana?" Tanya Fazrin.

"Faz cakap aje Kak Athea pergi tandas. Okey?"

"Okey.. Jangan lama-lama sangat."

"Okey. Bye!"

Setelah hampir 5 minit di dalam tandas, sempat aku membetulkan tudung sebelum keluar.

Aku kembali ke kerusiku semula, dapatku lihat Faiq sudahpun bangun dan bersandar pada kerusinya.

"Kenapa bangun?" Tanyaku sambil membetulkan kerusi sebelum duduk.

"Sayang pergi mana?"

"Saya pergi tandas tadi."

"Lamanya?"

"Hah? 5 minit aje.."

"Lama juga."

"Tak."

"Lama."

"Tak."

"Lama."

"Okey, lama. Saya minta maaf, okey?" Aku mengalah akhirnya.

Walaupun tempoh perkenalan kami sangat singkat, tapi aku dah boleh nampak sifat manja yang ada dalam diri Faiq. Lagi-lagi bila dia tengah sakit macam ni.

"Saya maafkan. Janganlah pergi mana-mana, love.. Duduk je sini dengan saya." Ucap Faiq lalu kembali meletakkan kepala ke atas meja dan memejamkan matanya semula.

Beberapa minit kemudian, makanan pun sampai tetapi Faiq masih tidak mengubah posisinya.

Setelah siap terhidang, aku mengejutkan Faiq untuk makan.

"Adzrin.. Jom makan?" Kejutku.

Perlahan-lahan Faiq membuka mata, "Tak larat.." Jawabnya.

"Jangan layan sangat 'tak larat' awak tu, nanti makin lemah.. Makan, okey?" Pujukku.

"Saya pening kepala ni.." Adunya perlahan.

"Makanlah sikit, please? Kalau awak tak makan, saya pun tak nak makanlah."

Faiq diam.

"Cinta hati saya nak lauk apa? Biar saya ambilkan."

Faiq akhirnya tersenyum, "Nak lauk ayam masak merah tu."

"Mengada eh. Nak kena pujuk dulu baru nak makan." Usikku.

"Nak air, love." Pinta Faiq.

"Okey.. Sekejap eh?"

"Okey, love."

Setelah kami semua selesai menghabiskan makanan, kami mula berbual satu keluarga.

"Athea, makcik ni mak ngah kepada Faiq. Dah lama ke Athea kenal dengan Faiq?" Tanya seorang wanita.

Aku memandang Faiq sekilas. Dia tidak beriak.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now