"Hai!" Sapaku riang.
Ammara menoleh, "Eh, hai! Come, duduk dulu."
Aku kemudiannya mula melabuhkan duduk di sebuah sofa manakala Ammara pula masuk ke dalam bilik persalinan.
Faiq yang sejak tadi hanya mengikuti langkahku turut melabuhkan duduk di sebelahku.
"Yang lain tak datang lagi ke, Ammara?" Tanyaku selepas Ammara keluar daripada bilik persalinan.
"Mereka turun makan sekejap. Awak duduklah dulu sementara tunggu Dian eh?"
Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Awak lapar tak? Kalau awak lapar, pergilah turun makan dulu." Bisikku kepada Faiq.
Faiq mengangkat wajah, "Sayang pun tak makan lagi kan? Jomlah turun bawah?"
"Saya nak tunggu Dian."
"Makanlah dulu, love. Kita nak guna banyak tenaga untuk majlis harini.." Pujuk Faiq.
Lama aku diam sebelum memberikan kata putus, "Okey.."
"Ammara, saya turun makan sekejap boleh?" Tanyaku kepada Ammara.
"Lah.. Awak berdua tak makan lagi ke? Tak apalah, awak berdua pergi turun makan dulu.. It's okay, saya tunggu sini." Jawab Ammara.
"Thank you, Ammara.."
Ammara mengangguk lalu terus masuk ke dalam bilik persalinan semula.
Kami jalan beriringan keluar daripada lif sambil tangan kananku digenggam erat oleh Faiq. Debaran di hati masih berdetak hebat tatkala menerima sentuhan daripada seorang Faiq Adzrin.
"Love nak makan apa?" Tanya Faiq selepas kami tiba di ruang yang tersedianya bufet-bufet yang berisi lauk.
"Sekejap, saya nak tengok." Jawabku.
"Okay, love."
Beberapa saat kemudian, aku kembali bersuara, "Saya nak lauk asam pedas tu lah.."
"Okey."
Dengan jari-jemari yang masih bersatu, Faiq menarikku ke ruang yang telah disediakan pinggan-pinggan.
Aku mendongak memandang Faiq.
"What?" Tanya Faiq.
Kemudian, aku menunduk memandang tangan kami yang masih bersatu, "Macam mana saya nak ambil pinggan kalau awak pegang tangan saya macam ni?"
Faiq ketawa, "Oh.. Sorry, baby.."
Aku menggeleng perlahan.
Sekarang baru pukul 6:40 pagi, jadi masih ada masa untuk kami bersarapan.
"Sedap ke?" Tanya Faiq.
Aku menoleh, "Sedap!"
"Makan kenyang-kenyang, okey?"
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Assalamualaikum." Tegur seseorang.
'Macam kenal..' Aku mula mengangkat wajah. 'Dah agak dah!'
Aku menunduk semula untuk menyambung suapanku.
"Waalaikumussalam eh, Aisy.. Duduklah, makan sekali." Ucap Faiq
Along terus melabuhkan duduk di sebelah kananku, "Terima kasih."
"Ibu dengan abah mana, Aisy?" Tanya Faiq.
"Ibu dengan abah ada dekat bilik lagi. Itu yang saya turun dulu ni." Jawab along.
"Oh.. Pergilah ambil makanan, makan sekali dengan kami."
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...