"Baby!" Sapa Faiq yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik.
"Eh, sekejapnya keluar? Pergi mana tadi?" Soalku sambil meletakkan telefon bimbitku ke sisi.
"Ikut abah pergi surau... Tak bolehlah tinggalkan sayang lama-lama, rindu..."
Aku geleng kepala, "Mengada..."
"Okeylah, hubby nak pergi mandi sekejap. Nanti kita sambung berbual eh?" Sempat dia mengucup pipiku sekilas.
"Okey..."
Setelah Faiq masuk ke dalam tandas, aku kembali bermain dengan telefon bimbitku.
"Sayang, macam mana tadi?" Faiq memulakan perbualan sambil mengambil tempat di sebelahku.
"Tadi?"
Faiq mengangguk, "Tadi kan Lily jumpa sayang? So, dia cakap apa?"
"Eh, eh sibuk je nak tahu... Hal orang perempuanlah, mana boleh tahu."
Faiq senyum, "Sayang ada gaduh dengan dia pasal hubby ke? Berebut nak dapatkan hubby eh?" Usik Faiq.
Aku tayang riak wajah yang menjengkelkan, "Tolong jangan perasan ya, Encik Faiq Adzrin..."
Faiq ketawa, "Manalah tahu kan? Iyalah, hubby ni kan hot..."
"Well, sayang pun hot juga. Tapi, kalau sayang dengan Lily bergaduh sebab hubby, sayang sendiri yang akan undur diri sebab sayang tak suka bersaing."
"Eee, sampainya hati sayang... Baby, kalau hubby jumpa dengan mana-mana perempuan tu boleh buat sayang rasa insecure, then hubby tak akan sesekali buat. Kalau perlu sekalipun, bukan secara berdua-duaan. Hubby nak jaga hati sayang. Hubby nak sayang rasa dihargai, disayangi dan hubby nak sayang dapat semua layanan yang berhak sayang rasa. Hubby dah jumpa wanita idaman yang selama ni hubby tunggu, jadi untuk apa hubby mesra dengan mereka yang bukan suri hati hubby?"
"Tapi, sayang tak minta pun semua tu. Lelaki dan perempuan akan sentiasa bertemu, sebab itu DIA ciptakan manusia melalui dua jenis. Sayang tak nak kongkong hubby. Selagi hubby boleh setia dan cintakan sayang dengan sepenuh hati hubby, selagi itulah kepercayaan sayang akan sentiasa ada dengan hubby."
"But, I do it all for love. All of that came naturally to me after I started loving you. From the first day we met, my heart has started to learn to limit myself to a woman. Walaupun masa tu, we still didn't know each other."
"Ni sweet-sweet ni mesti ada something kan? Nak apa?"
"Ish, tak baik buruk sangka tau! Tapi... Betul ke boleh minta?"
Aku ketawa, "Pantang dipelawa kan? Hm, nak apa?"
Riak wajah comelnya ditayangkan, "Nak attention sayang, please... Girl dah tidur kan? So, it's my turn now..."
"Mengadanya... Sekarang ni bukan attention ke?" Soalku.
"Baby, dengan sayang aje hubby jadi manja and mengada macam ni tau. Sebab hubby kan anak pertama dan bila dekat luar hubby adalah seorang bos. Hubby dah biasa hidup serius dan tegas sebelum ni, jadi bila hubby dah kahwin, hubby naklah manja dengan isteri hubby seorang ni. Why? Sayang dah rimas ke?" Soalnya sambil memandangkan dengan riak wajah kecewanya.
Aku senyum, "Oh, nak manja-manjalah ni eh?"
Dia menjatuhkan kepalanya beberapa kali sambil mulutnya dimuncungkan ke hadapan.
Aku ketawa halus, "Hm... Tadi Lily datang sebab nak minta maaf dekat sayang." Aku jujur akhirnya.
Dia yang sedang melabuhkan diri di sebelahku sebentar tadi, terus sahaja bangun dan duduk secara tegak.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomansTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...