Bab 97

609 43 3
                                    

Jadi, inilah maksud disebalik ayat Faiq selama ni? Inilah perkara yang sering dia mengelak dari menjawab? Jika benar, hatiku sedikit lega. Sekurang-kurangnya, dia jujur. Dia memang tak pernah ada bekas teman wanita sepanjang hidupnya.

"Assalamualaikum, isteri hubby yang tercinta." Sapa Faiq yang baru masuk ke dalam bilik.

Tak sempat aku mahu menyimpan semula iPad dan surat di tanganku ketika ini. 'Macam mana boleh tak perasan bunyi kereta dia dekat luar tadi?'

'Itulah kau, Thea! Kalau dia marah sekejap lagi, macam mana? Habislah kau...'

"W-Waalaikumussalam. B-Bila hubby balik?" Tanyaku gelisah.

Mata Faiq jatuh ke arah sepucuk surat dan iPad miliknya yang berada di dalam tanganku. Dia menghampiriku lalu melabuhkan duduk di hadapanku.

"Sayang buat apa ni?" Soalnya tanpa nada.

"Hubby, sayang tak ada niat pun nak baca surat ni. Sayang minta maaf."

Faiq mengangkat wajah, "Sayang dah baca surat tu?"

Lambat-lambat aku mengangguk.

Faiq tiba-tiba mencapai tanganku dan digenggamnya erat, "Hubby yang patut minta maaf dengan sayang. Hubby tak bagitahu sayang daripada awal. Hubby selalu bagi hint dekat sayang tapi hubby sendiri yang mengelak bila sayang mula tanya."

Aku hanya diam menanti kata-katanya yang seterusnya.

"Sorry, hubby tipu sayang. Kali pertama kita berjumpa bukan dekat taman mahupun kafe, tapi dekat Sabah. Masa tu, hubby masih lagi Faiq Adzrin yang lama. Faiq Adzrin yang dingin, kasar, bercakap tak fikirkan perasaan orang, berlagak untuk suarakan pendapat dia macam dia seorang aje yang betul. Tapi, hubby tak tipu pasal pertemuan kita dekat kafe dan dekat surau. Hubby tak rancang pun semua tu. Mungkin, Allah nak makbulkan doa hubby selama ni untuk memperisterikan sayang. Kalau sayang nak tahu, sejak balik daripada Sabah tu, hubby terus cerita dekat mommy yang hubby dah jatuh cinta dengan seorang wanita. Tapi, hubby tak bagitahulah yang wanita tu adalah sayang." Ucapnya panjang lebar.

"Sayang nak tahu tak apa reaction mommy masa tu?" Tanya Faiq. Dia kelihatan bersemangat ketika mahu bercerita denganku tentang apa yang terjadi.

"Terkejut? Sebab anak dia yang beku ni dah jatuh cinta?" Tekaku.

"Bingo, baby! Mommy seronok sangat tau! Dia desak hubby untuk bagitahu semuanya pasal sayang. Dia kata nak masuk meminang terus." Beritahu Faiq.

Aku ketawa.

"Bila hubby dah bincang dengan keluarga sayang untuk masuk meminang, hubby terus bagitahu mommy siapa sebenarnya wanita di Sabah tu. Dan, sebab itulah setiap kali mommy jumpa sayang, mommy akan ucap terima kasih dekat sayang. Sebab Athea Izara ni dah banyak ubah anak lelaki dia."

"Mana ada sayang ubah hubby. Hubby yang berubah sendiri." Aku bersuara. Sengaja mahu menaikkan suasana. Awkwardlah asyik diam aje!

"Eh, apa pula? Sayang berjaya buat hubby jatuh cinta, sebab itulah hubby berubah."

"Ada apa-apa yang hubby nak jujur dengan sayang lagi? Alang-alang tembelang hubby dah pecah ni..." Sindirku.

Dia ketawa, "Hm... Apa lagi eh? Rasanya itu aje kut... Hubby tak marah pun bila sayang baca surat tu. Sejak hubby beri keizinan untuk sayang buka iPad tu, sejak itulah hubby bersedia untuk berterus terang dengan sayang."

Aku senyum.

"So, sayang dah habis baca ke novel tu?" Tanya Faiq bersama senyuman manisnya.

"Dah. Jalan cerita novel tu tak cliche pun kan?" Perliku.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now