Bab 5

1.1K 35 0
                                    

"Morning sahabatku, sayang.. Awal kau bangun? Semangat betul!" Aku lihat Zaza sedang bermain dengan telefon bimbitnya sambil bersandar pada sofa.

"Ha lah! Tak sabaq aku nak jumpa ibu.." Zaza menjawab.

"Jom lah gerak sekarang. Nak singgah isi minyak lagi ni." Aku lihat jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul 8:15 pagi.

Aku berhenti di sebuah pam minyak yang berdekatan dengan rumah kami.

"Aku nak pergi bayar sekejap dekat kaunter." Kataku kepada Zaza.

"Okey."

Setelah selesai membuat pembayaran sekaligus mengisi minyak kereta, aku masuk ke perut kereta dan terus memulakan perjalanan kami untuk ke rumah ibu.

"Zaa, esok aku nak pergi joging, kau nak ikut tak?" Aku memulakan bicara.

"Tak maulah, Thea. Aku nak duduk rumah ja esok.. Lagipun boleh aku tolong ibu masak kat rumah. Tak pa ka hang pi sorang esok?" Balas Zaza.

"Oh, ya ke. Tak apalah kalau macamtu.. Lagipun, esok aku nak pergi tempat biasa aku terus. Boleh lah aku lepak sat, lama dah aku tak pi sana."

"Hang ni asal balik ja rumah ibu, mesti nak kena pi tempat biasa hang tu. Ada apa kat sana? Aku pun tak pernah hang nak bawak pi sana.." Bebel Zaza.

Sudah menjadi rutinku untuk pergi joging, sehari selepas aku sampai ke rumah ibu. Setelah selesai berjoging, aku akan terus ke tempat biasaku pula untuk menenangkan diri.

Aku tak pernah bawa sesiapa ke sana termasuklah Zaza dan abangku. Bukan apa, aku sukakan ketenangan tempat itu, dan andai kata aku perlukan masa untuk bersendirian.. Aku akan ke sana supaya tiada sesiapa yang dapat menggangguku. Aku seorang yang sangat peribadi.

"Hang duduk ja rumah, tolong ibu noh! Aku nak me-time esok." Kataku sambil membuat muka gedikku.

Zaza hanya membalas dengan bola matanya yang sengaja dikecilkan.

Aku tersenyum, "Kau lapar tak? Nak singgah beli kuih atau kau nak makan dekat kedai?" Tanyaku.

"Aku nak makan kat mamak buleh ka? Aku teringin roti canai mamak. Harini aku belanja!"
Balas Zaza.

"Hang kalau teringin, sanggup hang nak belanja la, hang nak drive la.. Awat? Kalau hang tak buat lagu tu, aku tak layan hang punya teringin tu ka?" Sindirku tetapi terselit nada gurauan.

"Bukan lagu tu, Thea.. Hang kan dah ikut keinginan aku.. Jadi aku belanja la hang untuk balaih budi. Hang ni suka noh perli-perli aku!" Balas Zaza bagi membetulkan sangkaanku.

Aku ketawa, "Hang ni lawak noh, Zaza! Jarang aku dapat tengok muka sebersalah hang ni! Kalau lagu ni la perangai hang, hari-hari dok teringin pun takpa aihh.." Aku menyambung ketawaku.

"Malaih aku layan hang aihh.." Zaza memandang ke luar tingkap sambil menyilangkan tangannya ke dada.

Haha!

"Assalamualaikum, ibu!" Serentak aku dan Zaza memberi salam.

"Assalamualaikummm! Ibu, kitorang ni! Assalamualaikummm!" Zaza meneruskan salamnya. Tak boleh sabar betullah minah ni..

"Waalaikumussalam! Eh bertuah punya budak-budak! Tak bagitahu pun nak datang rumah ibu.. Ha masuk, masuk.." Pelawa ibu.

"Si Thea ni lah bu, nak surprised ibu katanya.."
Jawab Zaza sambil berjalan memasuki rumah.

"Sungguh ka Zaza? Surprised calon menantu untuk ibu ka? Thea dah ada calon ka, Za? Segak dak, Zaza?" Tanya ibu dengan teruja.

"Apa ibu ni.. Mana ada calon lagi. Kita busy bahagiakan ibu dengan abah. Ibu kan Syurga Thea?" Potongku sambil membuat muka yang comel.

"Ada je kan alasan Thea ni kalau cakap bab calon!" Balas ibu.

"Abah mana bu? Tak nampak pun dari tadi.."
Kataku bagi menukar topik perbualan.

Bahaya kalau tak hentikan topik ni. Nanti macam-macam nama keluar. 'Tu Zarif anak Mak Cik Kiah tu ada, pergilah kenal-kenal. Sampai bila nak hidup sorang? Ibu pun teringin nak ada cucu. Nanti tak sempat pula ibu nak tengok kamu beranak-pinak.'

Typical ayat mak-mak kalau nak suruh anak mereka kahwin.. Betul tak? Haha!

"Abah keluar, ada mesyuarat dengan AJK surau. Katanya nanti ada nak buat makan-makan sikit sempena meraikan apa ke namanya.. Ibu pun tak ingat."

"Oh, ya ke? Bila bu?" Tanyaku.

"Kalau tak silap ibulah, hari Jumaat ni rasanya.. Lepas Zohor." Jawab ibu.

Aku hanya mengangguk.

"Kamu berdua ni nasib baiklah ibu dah masak tau. Tapi mee goreng jelah. Boleh ke Zaza, Thea?" Ibu bertanya.

"Boleh je, bu! Ibu masak apa-apa pun sedap!" Zaza yang sejak tadi hanya diam membisu akhirnya bersuara.

"Amboi.. Dah jom makan. Abah tu sampai lepas Zohor lah tu jawabnya.. Mari kita ke dapur, makan dulu." Ajak ibu.

"Along tak balik ke bu?" Aku memulakan bicara.

"Tak.. Along kamu outstation ke Penang. Melawat site katanya." Pantas ibu menjawab.

Abang aku merupakan seorang Arkitek dan tahun ini dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Apabila aku bertanya dengan lebih lanjut, dia memberitahuku bahawa ramai client yang mahu bekerjasama dengan syarikatnya pada masa sekarang.

"Assalamualaikum!" Laung seseorang dari luar rumah.

"Ibu ada jemput sesiapa datang rumah ke?"
Tanyaku bagi mendapatkan kepastian.

"Tak ada lah pula.. Ha, Thea dengan Zaza makanlah dulu. Ibu nak pergi tengok sekejap.."

"Eh tak apalah, bu.. Biar Thea yang pergi tengok. Ibu duduk je, okey.. Jaga Zaza ni, nanti habis pula semua makanan kat atas meja ni.." Kataku sekaligus menghentikan pergerakan ibu yang berura-ura hendak bangun dari kerusi.

Aku memandang Zaza untuk melihat reaksinya. Aku tergelak apabila melihat matanya yang sengaja dikecilkan ke arahku.

"Sekejap ya, bu.." Aku meminta diri untuk melihat siapakah 'tetamu' yang datang memberi salam sebentar tadi.

"Baik."

"Waalaikumussalam.. Sekejap ya.." Kataku kepada seseorang di luar rumah itu.

Sebaik sahaja aku membuka pintu utama, aku terkaku dan secara drastiknya aku menjerit..

"Along!!! Bila along sampai? Suka buat orang terkejut tau! Dah, jom masuk.."

Aku lihat abangku berdiri di hadapan pintu utama sambil tersenyum ke arahku dengan keningnya yang sengaja dinaikkan beberapa kali.

"Ibu, tengoklah ni siapa yang datang! Taraaaa!!" Jeritku teruja kepada ibu.

Ibu sedikit terkejut, "Ini sorang lagi! Bertuah punya anak! Eloklah adik-beradik ni buat ibu terkejut harini!" Balas ibu yang juga terselit nada marahnya dalam gurauan.

"Hehe.. Along dah bagitahu abah yang along nak balik harini. Tapi along suruh abah rahsiakan dari ibu.. Tak tahu pula Thea pun ada, siap pakej dengan Zaza sekali! Hahaha." Along menjawab dan diakhiri dengan tawa halusnya.

"Ala, along macam tak kenal pula dengan dua orang ni, tak boleh berpisah langsung! Entah-entah dekat rumah pun tidur sebilik.." Balas ibu sambil memandang ke arah aku dan Zaza.

"Sebilik dengan Zaza? Memang taklah, bu! Silap-silap boleh berdarah telinga ni sebab kena bebel dengan dia sebelum tidur tau! Seharian dah dengar dia membebel, waktu tidur ajelah boleh rehatkan telinga ni ha.." Aku bersuara bagi menaikkan suasana.

Aku ketawa tak ingat dunia, begitu juga dengan ibu dan along. Haha! Kami bertiga memang suka mengusik Zaza tapi Zaza juga sudah biasa. Dia hanya membalas usikan kami dengan membuat muka cemberutnya.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now