"Sayang faham tak apa yang sayang baca tadi?" Tanya Faiq setelah menutup Al-Qurannya.
Aku hanya tersenyum.
"It's okay.. Kita sama-sama belajar bahasa cinta daripada Sang Pencipta ni, okey?" Tutur Faiq.
Aku mencapai tangan Faiq dan seterusnya mencium tangannya, lama! Dan tangan kiri Faiq pula naik mengusap kepalaku.
Aku mengangkat wajah, "Thank you, sayang. Saya sayang awak."
Faiq mencium dahiku sekilas, "Saya pun sayang awak, Athea Izara, isteri kesayangan saya."
Faiq kemudiannya menggenggam erat kedua belah tanganku, "Sayang nak tahu tak cerita di sebalik surah yang kita baca tadi?"
Aku mengangguk teruja, "Nak, nak!"
Faiq mengusap-usap tanganku, "Surah An Nisaa' ni terdiri daripada 176 ayat dan merupakan Surah Madaniyyah. Dinamakan An-Nisaa' (wanita) karena dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal tentang wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan tentang wanita jika nak dibandingkan dengan surah-surah yang lain."
"Kandungan yang terdapat dalam Surah An-Nisaa' ni adalah syirik akibat kekafiran pada hari kiamat, hukum poligami, memakan harta anak yatim, dasar hukum warisan (faraidh), perbuatan keji dan hukum lainnya, wanita yang haram dinikahi, larangan memakan harta secara batil, hukum syiqaq dan nusyuz." Beritahu Faiq.
"Tapi sekarang, saya nak fokuskan tentang wanita. Dalam Surah An-Nisaa' ayat 3 dah dinyatakan 'Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."
"Seterusnya, dalam Surah An-Nisaa' ayat 34 dah dinyatakan juga 'Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.'"
Aku hanya diam menanti kata-kata Faiq yang seterusnya dengan keadaan tanganku yang masih digenggam dan diusap-usap oleh Faiq.
"Kemudian, pada ayat 19 dinyatakan lagi 'Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)." Sambung Faiq.
"Athea Izara, andai kata suatu hari nanti saya berubah hati.. Saya mohon pada awak untuk tak terus tinggalkan saya. Sebaiknya, awak berdoalah pada DIA agar kembalikan rasa cinta saya pada awak. Dan saya juga akan sentiasa doakan hubungan kita ni agar kekal hingga ke akhirnya." Faiq mengangkat tanganku dan dibawa ke bibirnya lalu dikucupnya perlahan.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...