Bab 64

657 28 3
                                    

8:50 malam

Alhamdulillah, lega rasanya bila sudah selesai melakukan 5 waktu yang wajib bagi seluruh umat Islam. Sebaik sahaja azan berkumandang tadi, terus aku menunaikan solat memandangkan aku sudahpun mengambil wudhu' sebelum bersolek tadi.

Sekarang, aku sedang menunggu arahan daripada Ammara memandangkan dialah perancang perkahwinan untuk kedua-dua majlisku.

"Athea? Awak dah ready ke?" Tanya Ammara.

Aku mendongak untuk memandangnya, "In Syaa Allah.." Aku tersenyum kepadanya.

"Kalau dah ready, jom kita turun?"

"Okey, Ammara."

Di hadapan dewan...

Majlis akan bermula pada pukul 9:30 malam, jadi ramai tetamu yang sudah mula mengambil tempat masing-masing.

Rasa gementar mula terasa dalam diriku. Terasa seperti mahu saja aku kembali ke bilik hotel semula.

"Athea? You okey?" Tanya Dian, sekaligus mematikan lamunanku.

Aku menoleh, "O-Okey.. Dian, Faiq dah masuk ke?"

"Dah.. Dia masuk sebelum kita sampai tadi.."

"Awalnya?"

"Awal? Tak adalah, dah pukul berapa ni.. Nanti takut lambat pula majlis mula."

"Oh.."

"Thea!" Panggil seseorang dari arah belakangku dengan suara yang agak kuat namun masih terkawal dari pendengaran tetamu.

Aku memusingkan badanku, "Zaza!"

Zaza kemudiannya berlari ke arahku dan terus sahaja dia memelukku, erat!

"Awat hang lambat, Za?" Tanyaku.

"Sorry noh.. Semalam kan aku pi balik Kedah, ambil mak pak aku mai wedding hang harini. Lepaih tu, tadi kereta aku buleh buat hai pulak, tayar pancit. Gigih noh aku, tapi Alhamdulillah, sampai juga aku.."

Aku mencebik, "Thank you, Zaza! Sanggup hang mai juga wedding aku walaupun kereta hang buat hai.. Sayang hang!"

"Mestilah aku mai!"

"Umi dengan abi mana?" Tanyaku.

"Depa masuk dah.. Aku tunggu luaq ni sebab nak tunggu hanglah!"

Aku memegang tangan Zaza erat, "Hang dah buktikan dekat aku yang hang akan sentiasa ada dengan aku, Zaza. Terima kasih!"

Zaza hanya senyum.

"Ha, Thea. Dah siap ke?" Tanya ibu yang tiba-tiba datang dari dalam dewan.

"Dah, bu." Jawabku.

"Dah kenapa mata berair pulak ni? Belum nikah lagi, dah menangis?" Tanya ibu.

Aku ketawa, "Zaza ni, bu! Marah dia, jangan marah Thea."

Zaza tersentak, "Eh, awat aku pula?"

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now