Bab 18

772 30 0
                                    

"Okay, look.. Kalau saya anak Dato' sekalipun, saya tak boleh nak berkawan dengan orang yang bukan anak Dato' ke? Kalau macam tu, kenapa kita dalam satu dunia yang sama? Kenapa kita tak diasingkan mengikut pangkat?" Faiq berkata dengan nada yang lembut.

"Kita semua sama, sayang.. Awak, saya dan kita semua hamba dari Yang Maha Esa. Tak ada beza pun. Saya percaya awak terima saya ikhlas, bukan sebab harta." Jelasnya lagi.

"Saya tak tahu, Faiq. Tolong bagi saya masa untuk terima semua ni." Jawabku lalu menunduk.

"Makanlah, lepas ni awak hantar saya balik okey?" Ujarku.

"Okay, mijn blanke liefde." Jawabnya.

3.15 petang

"Saya akan bagi awak masa untuk terima semua ni dan saya nak awak tahu yang saya tak pernah pandang sesiapa pun berdasarkan darjat. Tapi, jangan ambil masa lama sangat sebab saya rindu nak dengar awak panggil saya Adzrin semula." Faiq bersuara setelah hampir 15 minit kami berada di dalam kereta untuk menghantarku pulang.

"Terima kasih sebab awak bagi saya masa. Kalau betul awak jodoh saya, pasti Allah akan permudahkan segalanya. Awak buatlah solat Istikharah supaya Allah beri awak petunjuk, okey?"

"Okey, sayang.." Jawabnya.

Setelah tiba di hadapan rumah ibu, aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan terus keluar daripada kereta.

"Terima kasih sebab hantar saya balik.." Ucapku.

"Sama-sama.. Saya harap kita boleh jumpa lagi.." Jawabnya.

Aku hanya tersenyum padanya dan terus keluar daripada perut kereta.

9:45 malam

"Dia ada kafe! Dan dia juga ada sebuah resort yang cukup terkenal! Apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan aku ni?" Bisikku seorang diri.

Selepas selesai menunaikan solat Isya', aku turun ke tingkat bawah untuk mengambil angin malam di kerusi luar rumah.

Aku buntu, tak tahu apa yang harus dilakukan. Aku perlu fikir masak-masak sebelum membuat keputusan.

"Assalamualaikum.."

Tiba-tiba seseorang memberi salam. Aku memandang ke belakang dan..

"Oh, along.. Kenapa tak tidur lagi?"

"Saja.. Tiba-tiba along rasa nak lepak dekat bawah ni tapi tengok-tengok adik pun ada kat bawah. Mungkin Allah nak hantar along untuk temankan adik kut?" Jawab along dan diakhiri dengan tawa halusnya.

"Adik okey? Kenapa adik macam lain je sejak balik petang tadi? Masa makan malam tadi pun adik diam aje.. Ada apa-apa yang adik nak kongsi dengan along?" Ucapnya lagi.

Aku memandangnya sekilas lalu menggeleng.

"Tak ada apa lah, along.. Adik okey je." Jawabku ringkas.

Aku kemudiannya mendongak untuk melihat bulan dan tiba-tiba along bersuara..

"Along tak tahu apa yang adik tengah sorok daripada semua orang sekarang ni. Cuma along nak bagitahu adik, dalam hidup ni tak semua benda baik untuk kita dan tak semua benda buruk untuk kita. Boleh jadi sesuatu yang kita tak suka itu lah yang sebenarnya baik untuk kita."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now