"Kalau saya nak panggil awak Adzrin, boleh?" Tanyaku.
"Why? Actually, no one has ever called me by that name."
"Then, boleh saya jadi yang pertama?"
"Awak ni comellah! Sekarang saya dah boleh nampak sifat manja yang abah awak ceritakan."
"Dan macam yang along ada bagitahu dekat awak semalam, awak kena banyakkan bersabarlah dengan saya." Ucapku.
"I will, sayang." Tuturnya lalu tersenyum manis.
Aku membalas senyumannya lalu terus menunduk. Gedik eh kau ni, Thea.
"Athea?" Panggilnya.
"Yes?"
"Jadi sekarang ni kita dah bercinta ke?"
"Awak rasa? Awak lah decide, saya okey je."
"Saya decide? Okay, let me propose to you in a proper way. Nur Athea Izara, are you willing to be my lover?
"Yes, Mr Adzrin." Jawabku ringkas.
Malu! Dah lah sebelum ni aku jual mahal lepas tu tak layan dia. Dan sekarang tiba-tiba tukar title jadi kekasih hati? How?
Aku rasa aku dah jatuh cinta!
"Okey, sekarang saya nak tuntut hutang saya." Aku bersuara.
"Hutang apa?" Tanya Faiq.
"Pasal ayat awak yang haritu. Tadi pun awak ada sebut lagi."
"Oh.. Semalam saya cakap kalau awak nak tahu, awak kena jadi kawan saya dulu kan? Sekarang ni awak dah jadi lebih daripada seorang kawan untuk saya. So, mijn blanke liefde bermaksud 'my white love'. It's a unique name, isn't?" Jelasnya.
"Tak pernah lagi orang gelar pasangan mereka dengan gelaran 'cinta putih'. Maksudnya, awak terlalu special untuk saya, Athea. Saya nak awak sentiasa dapat keistimewaan dan layanan yang istimewa daripada saya." Ucapnya lagi.
Aku hanya diam menanti penjelasannya yang seterusnya.
"Ja maksudnya ya dan schat pula maksudnya lebih kurang macam harta atau sayang. Jadi 'ja, schat' bermaksud 'ya, sayang'."
"Last but not least.. 'Je bent erg mooi, mijn blanke liefde' means 'you're very beautiful, my white love'." Sambungnya.
"It's Dutch, sayang." Tuturnya lembut.
"Oh, I see."
"Awak ada apa-apa soalan lagi ke untuk saya?" Tanya Faiq.
"Awak ada berapa orang adik-beradik dan awak anak ke berapa?"
"Saya ada dua orang adik beradik juga macam awak dan saya anak sulung."
"Adik awak lelaki ke perempuan?"
"Perempuan.. Nama dia Nur Fazneera Fazrin." Jawab Faiq.
"Oh, sedap nama dia. Mesti cantik orangnya kan?" Pujiku.
"Kenapa cakap pasal adik saya pula? Tengok lah saya ni dulu, hensem ke tak? Hehe.." Balasnya.
Aku hanya tersenyum sambil menggeleng.
Beberapa minit kemudian, pelayan menghampiri kami dengan membawa makanan yang telah kami pesan.
9 malam
Aku mengajak semua ahli keluargaku termasuklah Zaza untuk berkumpul di ruang tamu.
"Thea ada benda nak bagitahu dengan semua orang."
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...