Bab 35

660 22 0
                                    

Aku lihat sekilas ke belakang untuk memandang Faiq. Tetapi pandanganku tidak dibalas kerana dia sedang bercakap dengan seorang lelaki.

Dari penampilannya, aku dapat rasa umurnya berada dalam lingkungan 30-an seperti abangku. Gaya lelaki itu kelihatan sungguh kacak bersama suit yang tersarung pada badannya. Cara mereka berbual nampak seperti sudah lama kenal.

Malaslah nak ambil tahu. Aku kemudiannya menekan button lift di hadapanku untuk naik ke pejabat. Setelah berada di dalam lif, aku menekan button yang tertulis nombor 20 kerana pejabatku berada di tingkat itu.

Sedang aku menunggu pintu lif untuk tertutup, tiba-tiba seseorang menahan untuk masuk. Aku yang terkejut itu, secara automatik memandang tepat ke arahnya.

"Sorry.. Boleh I masuk sekali?" Tanya lelaki itu.

'Inilah lelaki yang tengah bercakap dengan Faiq tadi.' Ucapku di dalam hati.

"Masuklah." Jawabku sambil mengangguk.

Senyum? Tak, aku tak senyum.

"You staff sini ke?" Tanya lelaki itu lagi.

Aku mengangguk.

"Tak pernah nampak pun sebelum ni?" Dia bertanya lagi.

"Staff baru. Harini first day." Jawabku tetapi hanya memandang tepat ke hadapan.

"Oh, I see. Kerja dekat tingkat 20 ke?"

Aku memandangnya, "Macam mana you tahu?"

Dia menunjuk button lif di hadapan kami.

'Oh, patutlah..'

Ting!

Pintu lif terbuka menandakan aku sudah tiba di tingkat yang dituju.

"Jumpa lagi.." Ucap lelaki itu lalu keluar daripada lif.

'Dia staff dekat sini juga ke? Kebetulan pula sama tingkat eh?'

Aku kemudiannya berjalan masuk ke pejabat yang serba mewah ini, pelbagai hiasan terdapat di dalamnya.

Dah macam hotel! Eh, tapi kan ini memang syarikat yang sedang mengusahakan hotel? Apalah kau ni, Thea!

"Miss Athea?" Panggil seseorang dari sisiku.

"Yes, I am." Jawabku.

"Ingat saya lagi tak?" Tanya wanita itu.

Aku senyum, "Awak antara staff yang ada masa interview saya haritu, kan?"

"Wah. Awak ingat lagi eh? Oh by the way, lupa nak kenalkan diri saya. Nama saya Rania Husna, tapi boleh panggil saya Kak Husna atau Kak Hus. Dan saya PA kepada Encik Hazmi Zafran, CEO Afra Holdings." Wanita itu bersuara untuk memperkenalkan dirinya.

"Oh, Kak Husna. Saya Nur Athea Izara, saya tahu Kak Husna dah kenal saya, tapi tak apalah. Saya kenalkan diri saya lagi sekali."

"Panggil Kak Hus je. Semua orang kat sini panggil Kak Hus, janggal pula bila awak panggil akak, Kak Husna."

Aku ketawa, "Okey, Kak Hus.."

"Awak kenal tak Encik Hazmi Zafran?" Tanya Kak Hus.

"Kenal. CEO Afra Holdings, kan? Tapi tak pernah jumpa lagi lah" Jawabku.

"Oh okey. Sekejap lagi Kak Hus bawa Athea pergi jumpa dengan Encik Haz, tapi sekarang ni Kak Hus nak tunjuk pejabat ni dulu dekat Athea. Boleh?"

"Boleh, Kak Hus."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now