"Adzrin?" Panggilku.
Faiq yang sedang makan itu, segera mengangkat muka untuk memandangku.
"Yes, love?" Jawab Faiq.
"Mommy ada cakap apa-apa tak dengan awak?" Tanyaku.
"Hm? Pasal baju nikah semua tu ke, sayang?"
"Haah.."
"Oh, ada.. Nanti saya bawa sayang pergi butik kawan mommy tu untuk tempah baju, okey?"
"Tapi, sempat ke nak tempah baju? Sewa ajelah, Adzrin.." Ucapku.
"Mana boleh, sayang. Awak ni special tau bagi saya, takkanlah nak sewa aje? Lagipun, kita nikah sekali je, it's okay kalau kita spend sikit. Once in a lifetime, right?"
"Okeylah, kalau awak dah cakap macam tu.."
"Love?" Panggil Faiq.
"Hm?"
"Saya kena gerak balik Kuala Lumpur tau harini? Love okey ke?"
"Kenapa?" Tanyaku ringkas.
"Ada kerja.." Jawab Faiq.
"Outstation ke?"
"Tak.. Kerja dekat pejabat aje.."
"Oh, okey.. Nanti kalau ada apa-apa, awak WhatsApp je saya, okey?"
"Alright, sayang."
"Kenapa awak masuk tadi?" Tanyaku.
"Hm?" Faiq mengangkat keningnya.
"Kan saya dah cakap, adat bertunang lelaki tak perlu masuk?"
"Oh, hehe.. Saya pujuk mommy, saya cakap saya nak masuk juga. Lama-lama mommy pun penat dah nak pujuk saya, itu yang saya boleh masuk tadi." Faiq kemudiannya ketawa.
"Buat perangai eh awak?" Tegasku bersuara.
"Sorry.. Saya janji ni last!"
"Jangan buat macam ni lagi, Adzrin. Saya tak suka." Tegasku berkata.
"Okey, love.. Sorry, okey?"
"Okey.."
5 petang
Faiq meminta diri untuk pulang kepada ibu dan abah. Abah kemudiannya menyuruhku untuk menghantar Faiq ke kereta.
"Saya balik dulu tau? Sayang jaga diri baik-baik dekat sini. Kalau ada orang yang nak mengorat, sayang angkat tangan lepas tu tunjuk cincin dekat jari sayang tu, okey?" Gurau Faiq.
"Jangan risau.. Saya ni tak cantik mana pun sampai orang nak mengorat. Entah-entah, sebelah mata pun orang tak pandang saya ni tau." Jawabku.
"Hei! Awak cantik, okey! Cantik sangat! Hari-hari awak buat saya jatuh cinta dengan awak, tahu tak? Awak boleh pula kata yang awak ni tak cantik? Jangan nak mengarut, sayang. Tapi kan, saya lagi suka kalau orang tak pandang awak.. Biar saya sorang je yang pandang awak ni setiap masa."
Aku memandangnya tajam.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Faiq.
Aku mengecilkan mataku memandangnya, "Oh, awak nak cakap yang saya ni memang tak cantiklah? Sebab tu tak ada orang yang nak pandang saya? Okay, fine.." Ucapku seolah-olah merajuk.
Aku memalingkan mukaku memandang ke arah lain. Sengaja mahu mengujinya.
"Eh, mana ada saya cakap macam tu. Tak baik tau buat andaian sendiri.." Tutur Faiq.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...