Faiq keluar daripada tandas dan menutup semula pintu tandas. Dia bergerak ke arah katil.
"Baby?" Panggil Faiq.
Sengaja aku mengendahkan kata-katanya dan berpura-pura tidur.
"Baby, saya minta maaf, please.. Bangunlah.."
Sunyi...
"Sayang, janganlah ignore saya macam ni.."
Aku membuka mata, "Baring dan tidur. Saya penat nak bercakap."
"Boleh tak kalau kita b..."
"No."
"Sekejap je, please."
"I said, no."
"Okey.."
Faiq mula melabuhkan diri di sebelahku dan baring mengiring menghadapku.
"Pejam mata." Arahku.
Dia akur. Faiq memejamkan kedua-dua belah matanya rapat.
"Lapar ke?" Tanyaku.
Faiq menggeleng.
"Dah, tidur." Ucapku.
Aku tersenyum apabila Faiq hanya menurut segala kata-kataku. Aku menahan tawa. Comel betul!
1 minit berlalu...
Aku duduk bersandar di kepala katil. Aku lihat ke sebelah, 'dah tidur ke belum dia ni?'
"Dah tidur ke belum tu?" Tanyaku, sengaja berpura-pura garang.
Faiq menggeleng.
"Kenapa tak tidur lagi?"
"Saya tak boleh tidur." Jawab Faiq dengan mata yang masih tertutup rapat.
Aku tersenyum kecil.
"Come." Panggilku sambil mendepakan kedua-dua belah tanganku.
Faiq membuka mata. Apabila melihat tanganku yang sengaja aku depakan, terus sahaja dia mendekatiku dan memelukku erat. Kepalanya ditongkatkan di bahuku.
"Sorry.." Ucap Faiq.
"Sorry untuk apa?" Sengajaku bertanya.
"Sebab tadi saya buat awak annoyed dengan saya." Jawab Faiq.
"Nak buat lagi tak?" Tanyaku.
Laju sahaja Faiq menggeleng.
"Good. Saya pun nak minta maaf dengan awak. Pandang saya."
Faiq mendongak.
"Saya minta maaf sebab saya terlalu emosi. Saya tengah 'cuti' sekarang, itu yang mood sekejap okey sekejap tak okey. Awak boleh maafkan saya?"
Faiq mengangguk, "Saya maafkan sayang. Saya ni mengada-ngada sangat ke?"
"Taklah. Mana ada." Jawabku.
"Betul ni?"
Aku mengangguk, "Betul."
"Dah, tidurlah.." Tuturku.
"Nak tidur dekat sini, boleh? Nak tidur satu bantal dengan sayang."
"Awak kan ada bantal sendiri. Tidur dekat bantal sendiri eh?" Pujukku.
Faiq menggeleng.
"Nak saya marah balik ke?" Ugutku.
"Okey, okey.."
Aku ketawa.
Faiq kembali baring di tempatnya dan kemudian mendekatkan sedikit jaraknya denganku.
"Good night, baby." Tutur Faiq.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...