Bab 105

729 46 8
                                    

Aku terjaga dari lena apabila dengar Faiq seperti sedang merengek. Dalam mamai, aku menggosok-gosok mataku bagi menghilangkan rasa kantuk. Setelah segar, aku duduk bersandar di kepala katil.

Sempat aku lihat jam di skrin telefonku sekilas. 2 pagi?

"Adzrin, hey.. Kenapa ni?" Tegurku.

"Baby.." Panggilnya.

"Iya, kenapa?"

"Baby dah tak love saya.." Ucapnya perlahan.

Dalam samar, aku lihat matanya masih terpejam rapat. Dia tengah mengigau ke?

"Saya mimpi, baby dah tak love saya." Sambungnya.

'Saya?'

"Hubby mimpi apa?" Soalku walaupun aku tahu dia sedang mengigau.

"Saya mimpi awak keluar berdua dengan Karl. Awak pergi makan dengan dia. Awak duduk sebelah dia, berbual mesra. Where's my baby? I want my baby Athea.."

Aku menahan tawa, 'Hal siang tadi sampai bawa ke dalam mimpi eh, Faiq? Alahai, terlebih sensitif pula husband kita ni masa demam ya..'

"Lagi? Sayang buat apa lagi dengan Karl?" Sengaja menambah pertanyaan. Menarik pula mimpi ni!

"Awak gelak-gelak dengan dia." Balas Faiq.

"So, hubby buat apa dalam mimpi tu?"

"Dahlah. Awak memang dah tak love saya."

Usai dia menuturkan kata-katanya sebentar tadi, dengkuran halusnya terus kedengaran. Aik, macam itu aje?

9 pagi

Aku masuk ke dalam bilik untuk periksa keadaan anak dan bapak itu. Aku lihat, Faiq sedang duduk bersandar di kepala katil bersama laptop yang terletak di atas ribanya.

"Eh, kan hubby tak sihat? Kenapa buat kerja pula ni? Rehatlah.." Sapaku lembut.

Dia tidak menoleh, terlalu fokus dengan kerjanya.

Aku melabuhkan duduk di birai katil.

"Kenapa ni? Pagi-pagi lagi dah badmood." Soalku lembut.

"Biarlah saya badmood. Awak bukannya sayang saya pun." Balasnya.

Aku tersenyum, 'Ni mesti pasal mimpi semalam.'

"Oh, okey." Balasku pula lalu mengintai apa yang sedang dia buat di skrin laptopnya.

"Kalau dah tak ada orang nak layan saya, baik saya keluar. Lagipun, kan saya dah janji dengan Karl yang saya nak belanja dia makan? Awak izinkan saya keluar?" Aku berpura-pura meminta izin, sengaja mahu mengusik.

Faiq angkat wajah, "See? Awak memang dah tak sayangkan saya. Izinkan awak keluar? Big no!"

Lembut sahaja dia bersuara. Namun, tak ada sebarang reaksi pun di wajahnya.
Marah? Tak ada langsung.

"Kenapa pula? Kan saya dah janji nak belanja Karl makan?" Selagi boleh tambah api, kita tambah! Haha!

"You better not, Athea." Ucapnya mendatar.

"Why not?"

Aku lihat, tubir matanya sudah berkaca. Namun, reaksi wajahnya tetap sama. No reaction.

"Baby, please. Hubby tak suka sayang buat hubby macam ni. Hubby nak sayang sayangkan hubby seorang saja. Only me, baby. Tolonglah jangan berubah hati. Hubby tak nak dan hubby tak boleh kehilangan sayang. How many times have I said this to you? Many times, Athea. I can't lose you, so I expect the same from you. Kalau ada apa-apa yang buat sayang berubah hati, bagitahu hubby. Hubby akan cuba ubah semuanya untuk sayang. I love you so much, baby. Saya sangat-sangat sayangkan awak." Bergetar suaranya.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now