"Maaf lambat.. Okey, ini antara design yang pernah saya buat. Encik Faiq dengan Cik Athea boleh tengok dululah. Kalau tak berminat, kita boleh proceed untuk buat design yang baru."
Ammara kemudiannya menghulurkan sebuah fail kepadaku.
Fail bertukar tangan.
Aku tersenyum, "Okey.. Thank you, Cik Ammara."
"You're welcome.. Awak berdua bincanglah dulu, ya? Nanti saya datang balik."
Aku hanya tersenyum.
Faiq mengambil fail itu daripadaku dan diletakkan di tengah-tengah kami.
"Jom pilih!" Ucap Faiq bersemangat.
"Awak nak tukar warna tak?" Tanyaku.
"Warna apa, sayang?"
"Warna untuk baju resepsilah. Saya tak kisah."
"Oh, tak naklah.. Hijau pun cantik apa?"
"Sure?" Tanyaku.
"Yeah.."
"Okey."
Kami mula meneliti setiap design yang terdapat di dalam fail itu. Ada juga beberapa design yang aku berkenan tetapi Faiq memujukku untuk tetap membuat tempahan.
"Yang ni cantik!" Ucapku.
"Mana? Yang ni ke, sayang?" Tanya Faiq.
"Haah. Cantik kan?"
"Cantik. Tapi kita kena tempah juga, okey? Tak apa, nanti awak bagitahu Ammara apa yang awak suka dekat dress ni. Mungkin dia boleh letak dekat dress yang kita tempah tu nanti, kan? Boleh, sayang?"
"Okey, Encik Tunang.."
"Good girllah sayang saya ni.."
Aku hanya tersenyum..
Tiba-tiba Ammara menghampiri kami dan kemudiannya duduk di sebelahku.
"So, dah bincang ke?" Tanya Ammara.
Aku memandang Faiq sekilas, "Dah!" Jawabku teruja.
Ammara ketawa, "Okey, Cik Athea dah tengok ke design dalam fail yang saya bagi tu?"
"Dah, Cik Ammara."
"Okey, now saya nak tahu apa yang Cik Athea suka supaya saya dapat tambah dalam design baju resepsi nanti." Ucap Ammara lalu membuka sebuah buku yang dibawanya sejak tadi.
"Sekejap ya, Cik Ammara?" Ucapku.
"Just take your time.." Jawab Ammara sambil mengangguk.
"Awak nak tambah apa?" Tanyaku kepada Faiq.
"Kenapa tanya saya? Sayang pilih je apa-apa sebab sayang pakai apa pun cantik." Jawab Faiq.
Aku memandang ke arah Ammara semula, "Saya pun tak tahu sebenarnya, Cik Ammara. Cik Ammara tambah ajelah apa-apa.." Ucapku lalu diakhiri dengan ketawa.
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
Любовные романыTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...