Bab 8

957 30 0
                                    

"Assalamualaikum, Thea dah balik ni.." Aku tunduk untuk melihat jam sekilas. Jam menunjukkan pukul 5:40 petang.

Aku hanya mengambil masa 2 jam sahaja untuk berjoging sambil mengambil peluang untuk berehat di kerusi dan menikmati pemandangan tasik yang terletak di situ. Yang lamanya adalah semasa aku di Abscond, aku terlalu menikmati keindahan tempat itu sehingga tidak sempat untuk melihat ke arah jam.

Aku sempat singgah di sebuah masjid semasa dalam perjalanan pergi tadi untuk menunaikan solat Zohor, begitu juga dengan solat Asar.

"Waalaikumussalam.. Balik dah adik kesayangan along ni.. Dah makan ke?" Sapa along mesra yang baru sahaja keluar dari arah sliding door.

"Belum lagi. Abah kat surau lagi ke?" Tanyaku.

"Tak, abah ada dekat atas." Jawab along.

"Oh iya ke. Okey.. Zara naik dulu lah along, nak mandi." Kataku kepada Along.

"Eh, sekejap. Ni dah solat ke belum ni?" Tanyanya tegas.

"Cuba teka? Haha! Mestilah dah along, Zara kan tak suka lambatkan solat.." Jawabku sambil bergurau.

"Okey adik along. Zara pergilah naik atas berehat dulu, ibu pun baru naik tu. Kitorang baru je sampai rumah ni ha." Kata along.

"Okey, along.. Zara masuk dulu. Love you, along!" Jawabku riang!

Along hanya tersenyum.

"Eh, anak ibu ni tak penat ke? Tadi dah pergi joging, sekarang dekat dapur pula. Pergilah naik atas, rehat. Nanti dah siap, ibu panggil awak turun makan." Lembut ibu memberi arahan.

Setelah aku selesai mandi dan bersiap, aku terus turun ke tingkat bawah untuk menyiapkan makan malam. Tolong apa yang mampu je, nak masak memang tak tahu lah. Hehe..

"Tak apa lah, ibu.. Thea tolong sikit-sikit je ni. Nak masak memang Thea undur diri lah, hehe.." Jawabku sambil memeluk ibuku dari sisinya.

"Tak apa, perlahan-lahan boleh belajar. Ibu tak kisah pun anak ibu tak pandai masak, yang penting ada sifat rajin dalam diri untuk belajar je, okey? Lagipun Thea punya minat ke arah baking kan? Bukannya Thea tak nak belajar langsung, sekurang-kurangnya ada benda yang Thea boleh buat bila Thea rasa nak makan.. Bukannya mengharapkan orang untuk masakkan je" Kata ibu tenang memberi pendapatnya.

"Thank you, ibu. Sebab itulah Thea love you so much! Muaahh!" Kataku lalu terus memeluk dan mencium pipinya.

Aku dengar ibu ketawa halus.

"Anak ibu ni nak makan apa? Biar ibu masakkan." Tanya ibu.

"Ibu masakkan makanan kegemaran Zaza aje lah, bu. Thea pun teringin juga dekat sambal udang petai ibu tu." Kataku memberi pendapat.

"Sayang betul anak ibu ni dekat Zaza kan? Okey, ibu masakkan udang masak sambal untuk Thea dengan Zaza ya." Balas ibu.

"Mestilah, bu.. Dia je yang selalu ada masa susah dan senang Thea. Thea sayang sangat dekat Zaza tu.." Kataku.

Kalaulah ibu tahu tentang hal yang terjadi 3 tahun lepas, apalah tindakan ibu agaknya ya? Kerana sepanjang tempoh aku membesar, ibu seorang yang sangat-sangat protective dan sanggup mempertahankan anak-anaknya daripada sebarang masalah. Apabila salah itu berpunca daripada diri kami sendiri, ibu dan abah akan mendidik kami supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi.

Itu baru bercakap tentang ibu, belum tentang abah dan along yang lebih tegas lagi!

Abah seorang yang sangat tegas bila berkaitan dengan agama. Kalau lah abah tahu aku pernah difitnah dan dianiaya oleh bekas kawanku, sudah pasti abah tidak akan berdiam diri. Begitu juga dengan along yang sememangnya tegas dengan kehidupanku.

"Sungguh ka hang sayang kat aku, Thea? Terharu aku dengaq!" Kata Zaza tiba-tiba yang baru sahaja masuk ke dapur.

"Thea ada cakap macam tu ke tadi ibu? Tak ada kan ibu? Hang ni Zaza, pi lah korek telinga hang tu. Tersumbat kut aku rasa." Dalihku.

"Ceh! ibu nak masak apa ni? Meh Zaza tolong."  Zaza bertanya.

"Eloklah kamu berdua ada kat sini, boleh tolong ibu. Thea dengan Zaza tolong potongkan bahan-bahan untuk dikisar boleh?" Tanya ibu meminta bantuan dari kami.

"Okey, ibu!" Jawabku dan Zaza serentak.

"Zara.. Oh Zara.." Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil.

Segera aku menjawab, "Zara dekat sini along!"
Aku tahu itu along kerana dia seorang sahaja yang memanggilku dengan panggilan itu.

"Zara sibuk ke?" Tanya along.

"Tak lah along. Baru nak tolong ibu sediakan bahan untuk memasak ni ha. Kenapa, along?" Tanyaku kembali kepadanya.

"Along nak bawa Zara keluar sekejap boleh? Ada benda nak cakap sikit dengan Zara.." Kata along.

"Err.. O-okeyy along.. Zaza, kau boleh buat sorang-sorang ke?" Tanyaku kepada Zaza pula.

"Boleh ja, hang pi lah keluaq dengan along ni." Jawab Zaza.

Aku hanya mengangguk.

"Along tunggu tau. Zara nak naik atas ambil beg sekejap." Kataku sambil dengan pantas aku berjalan menaiki tangga.

"Ibu, along bawa Zara keluar sekejap tau. Nanti kami balik." Along memberitahu ibu.

"Baik.. Hati-hati tau!" Jawab Ibu.

"Okey, ibu.. Bye. Bye Zaza." Katanya kepada Zaza juga.

"Dah siap! Jom, along! Bye ibu, bye Zaza!" Kataku lalu terus berlari sambil melompat-lompat ke arah pintu utama.

Along dan Zaza yang terlihat akan kelakuanku itu hanya menggelengkan kepala.

Along yang sejak tadi hanya diam membisu akhirnya bersuara.

"Kenapa Zara diam je? Selalunya Zaralah yang paling banyak cakap.. Ada je benda nak bersembang dengan along. Kenapa ni?" Tanya along.

"Err.. Kenapa along ajak Zara keluar? Zara ada buat salah ke? Along nak marah Zara ke?" Tanyaku kembali.

"Hah? Kenapa Zara fikir macam tu? Saja je along nak luangkan masa dengan adik kesayangan along sorang ni. Umur dah 20 lebih tapi perangai masih lagi macam budak-budak. Kita kan jarang jumpa sejak akhir-akhir ni.. Sorry along sibuk sejak kebelakangan ni." Panjang lebar along berbicara.

"Oh.. Zara ingatkan Zara ada buat salah, hehe.." Jawabku.

"Ke Zara memang ada buat salah? Baik cakap cepat!" Guraunya.

"Mana ada lah! Zara baik je.." Jawabku.

"Iya lah tu.. Zara ada nak cerita apa-apa ke dekat along? Lama kita tak jumpa borak-borak macam ni kan? So, what's up?" Tanya along.

"Tak ada apa-apa yang Zara nak cerita, along. Semua benda baik-baik je Alhamdulillah." Jawabku menjawab soalannya sebentar tadi.

"Baguslah kalau macamtu. Along sentiasa doakan adik dan keluarga kita agar dijauhkan dari perkara yang tak baik." Jawabnya pula.

"Along janganlah risau. Zara okey je.. Zara kan ada Zaza, dia selalu ada masa Zara sedih bila along tak ada. Sebab tu Zara sayang sangat dekat Zaza! Zara akan sentiasa sayang dan tak akan lupa jasa orang-orang yang selalu ada dengan Zara. Thank you juga dekat along sebab selalu ambil berat tentang Zara. Sayang along!" Panjang lebar aku membalas.

"Baiknya adik along ni.."  Balasnya.

Dan pelayan pun datang menghampiri kami untuk menghantar makanan yang telah kami pesan. Along membawa aku ke mamak kerana aku sangat menyukai roti canai di mamak berbanding dengan roti canai di gerai-gerai melayu yang berbeza bagiku.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now