Bab 108

188 12 0
                                    


"Sekejap aje opah dapat jumpa cucu opah ni... Harini nak balik dah dia. Thea, Faiq, lain kali duduklah lama sikit. Ibu sekarang kan dah ada cucu, jadi naklah luangkan masa banyak sikit dengan Izaira ni..." Ucap ibu.

Faiq senyum, "Maaflah, ibu... Kami balik sini pun tak bagitau ibu dengan abah. In Syaa Allah, lain kali Iq duduk lama sikit eh dekat sini?"

"Biasalah orang-orang tua ni, Faiq... Orang baru merasa ada cucu..." Celah abah yang diam sejak tadi.

"Iq faham, bah... Ibu dengan abah bila-bila free, datanglah rumah. Duduk lama pun tak apa. Lagipun, ibu dengan abah bukannya ada ayam dengan kambing yang nak kena jaga pun kan?" Balas Faiq sebelum ketawa halusnya kedengaran.

Abah turut ketawa.

Di dalam kereta...

"Sayang?" Panggil Faiq yang sedang memandu.

Aku menoleh, "Hm?"

"Lusa apa plan kita?"

"Lusa? Entahlah... Kenapa tanya?" Soalku kembali.

"Lily jemput kita untuk pergi majlis tunang dia." Beritahu Faiq sekaligus menyentakkanku.

"Tunang?" Ulangku bagi meminta kepastian.

"Iya, sayang... Tunang." Jawab Faiq lembut.

"Dengan siapa? Hubby kenal ke bakal tunang dia? Macam mana hubby tahu yang Lily nak bertunang?"

"Kenal. Nama bakal tunang dia, Adi. Adi tu kawan Qash, tapi pernah jugalah hubby jumpa dia. Okeylah orangnya... Sesuai dengan Lily. Hubby tahu pun sebab Qash yang bagitahu."

"Apa maksud hubby 'okey'?" Tanyaku, tidak mengerti dengan apa yang disampaikan oleh Faiq.

"Pandai bab-bab agama ni. Tapi, perwatakan dan gaya tak adalah macam ustaz pun... Cuma, dia mahirlah dalam bab-bab menasihati semua ni. Jadi, bila dia kahwin dengan Lily nanti, dapatlah dia bimbing Lily tu ke arah yang lebih baik... Betul tak?"

"In Syaa Allah... Kita doakan yang baik-baik ajelah untuk mereka."

"In Syaa Allah... Oh, lupa pula. Sayang nak tahu cerita tak?"

"Cerita apa?"

"Adi tu sebenarnya dah lama menaruh hati dekat Lily tau, tapi sayang tahu kan yang Lily tu ehem dekat hubby dulu... Bukan nak berlagak, sayang. Tapi, tulah... Dia sanggup ignore si Adi tu sebab dia nak kejar hubby. Patut ke sayang? Tak patut kan? Ish, ish, ish..." Ucap Faiq dengan riaknya yang diakhiri dengan gelengan kepala.

"Eleh... Apa motif nak ungkit cerita lama? Gamon ke, encik suami?"

Pantas Faiq menoleh memandangku, "Wah, bukan main sekarang... Perli kita guna bahasa asing. Benda alah apa gamon tu?" Soal Faiq hairan.

"Itulah... Nampak sangat dah tua, gamon pun tak tahu..." Sindirku.

"Amboi, Puan Athea... Tua-tua saya ni pun mampu bagi awak zuriat tahu?"

Berkerut dahiku, 'tak habis-habis dengan joke dia yang satu tu.'

"Gamon tu gagal move on, Mr. Faiq Adzrin... Samalah macam awak sekarang ni. Gagal move on dengan masa lalu." Tangan sudah aku silangkan ke dada, sengaja mahu menambah perisa dalam perdebatan manja ini.

"Gagal move on?" Soal Faiq sambil memandangku sekilas.

Aku mengangkat kening, mengiyakan.

"Dengan Lily?" Soalnya lagi.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now