Bab 60

719 29 2
                                    

Seminggu kemudian...

"Thea.. Pejam celik pejam celik, tinggai berapa hari ja lagi sebelum hang nak jadi isteri orang. Tak sangka noh!" Ucap Zaza.

Aku ketawa, "Kan? Dahlah dengan orang yang baru kenal pula tu! Tiba-tiba terus ajak kahwin.."

"Baguihlah lagu tu.. Faiq tu tak mau lama-lama dengan hang dalam hubungan tanpa ikatan lagu ni. Aku happy tau untuk hang, Thea!"

"Thank you, Kakak Jaja!"

Aku kemudiannya meminta diri untuk naik ke bilik dan Zaza hanya mengangguk.

Setelah sampai di dalam bilik, aku merebahkan diriku di atas katil. Terasa lenguh di seluruh tubuh dek kerana terlalu sibuk sejak kebelakangan ni.

Tiba-tiba terlintas idea untuk menelefon Faiq dan terus sahaja aku mendail nombornya.

Mendail...

"Hai!" Sapaku riang apabila Faiq mengangkat panggilan.

"Hai." Jawab Faiq.

'Hai je?' Aku perasan sejak beberapa hari ni, Faiq macam lain. Dia tak banyak bercakap sangat.

"Awak buat apa tu?" Tanyaku.

"Tengah minum kopi."

"Oh, iya ke? Awak, jom keluar nak?"

Seketika Faiq hanya diam membisu sebelum kembali bersuara, "Saya tengah sibuk sekarang ni.. Next time, okay?"

"Awak okey ke? Kenapa awak macam lain sejak kebelakangan ni?" Tanyaku.

"Saya okey aje, mungkin sebab banyak kerja kut.."

"Okeylah, kalau awak dah cakap macam tu.. Awak rehatlah, lagipun semua persiapan kita dah ready kan? Awak rehat, okey? Saya tak nak kacau awak.."

"Okay, thank you. Bye.." Faiq terus sahaja mematikan panggilan.

Aku tersentak. Dia letak macam tu aje?

Aku mengeluh perlahan. Kenapa dengan dia ni sebenarnya? Aku ada buat salah ke?

Sedang aku leka bermain dengan fikiranku, tiba-tiba telefonku berbunyi.

Aku kembali mengatur emosiku sebelum memutuskan untuk mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum, Kak Hus.." Sapaku.

"Waalaikumussalam, Athea.. Maaflah, Kak Hus ganggu masa cuti Athea ni.. Kak Hus tahu Athea dah dapat cuti untuk kahwin, tapi Kak Hus betul-betul perlukan Athea. Athea sorang je yang boleh tolong selesaikan benda ni.."

Aku kemudiannya kembali duduk tegak, "Kenapa ni, Kak Hus? Kak Hus nak Athea tolong apa?"

"Salah satu client kita tarik diri sebab dia kata tak berminat dengan projek kita tiba-tiba. So, Athea je yang boleh yakinkan dia sekarang ni."

"Hah? Kenapa Athea pula? Siapa yang handle projek tu, Kak Hus?

"Naz.. Dia pun dah surrender, Athea." Jawab Kak Hus.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now