Bab 74

698 36 1
                                    

"Bismillahirrahmanirrahim.." Ucapku perlahan sebelum memulas tombol pintu itu.

Aku tergamam setelah masuk ke dalam rumah itu. Hanya beberapa tapak aku melangkah dan aku terus berhenti. Hiasan dan dekorasi rumah ini sangatlah menepati ciri-ciri rumah idamanku.

"Siapa yang decorate rumah ni, sayang?" Tanyaku.

Faiq berdiri di sebelahku, "Suami awak ni lah." Jawab Faiq, bangga.

Aku memandangnya sekilas, "Betul-betullah.."

Faiq senyum, "Helo! Sayang nak kata saya ni tak pandai decorate rumah ke sekarang ni? Baby, walaupun saya ni lelaki, saya ni multitasking tau!"

Aku ketawa.

"Baby suka tak?" Tanya Faiq.

Aku memusingkan badanku menghadapnya, "Suka sangat! Thank you so much, sayang!"

Aku mencapai tangannya dan menghadiahkan sebuah ciuman di tangan itu.

"So?" Faiq bersuara.

"So, what?" Tanyaku.

"Rumah dah ada, besar pula tu! Sekarang kita dah boleh bincang pasal 'anak-anak' pula." Usik Faiq dan sengaja menekankan perkataan 'anak-anak' denganku.

"Err..."

"Jom." Ucap Faiq lalu ditariknya tanganku.

"Nak pergi mana?" Tanyaku.

"Naik ke bilik."

"Hah?"

Dia membawaku naik ke tingkat dua.

"Surprise! Inilah bilik kita!" Ucap Faiq.

Sekali lagi aku tergamam. Aku maju beberapa tapak ke hadapan namun langkahku terbatas kerana tanganku masih digenggam erat oleh Faiq.

Aku menoleh, "Tak nak lepas ke?"

Faiq ukir senyuman nakal, "Kan dah sampai bilik ni, mana boleh lepas dah."

Aku tersentak. 'Ish, berapa kali nak bagi jantung aku ni bersenam hari ni?'

Faiq maju setapak ke arahku.

Argh! Nak menangis!

"Adzrin, awak maju setapak lagi, saya tak nak cakap dengan awak seminggu!" Ugutku.

Faiq berhenti melangkah, "Tak baik tau main ugut-ugut suami."

"Saya tak ugut!" Ucapku lalu cuba keluar daripada bilik.

Namun, Faiq dengan pantas mencapai tangan kiriku pula. Kini, kedua-dua belah tanganku berada dalam genggaman Faiq.

Faiq mengangkat kening, "Nak lari mana?"

"Err.. Saya nak susun barang dekat dapur." Jawabku.

"Nanti saya buat."

"S-Saya nak kemas ruang tamu."

Faiq ketawa, "Kan saya dah kemas?"

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now