"Cepatlah, kita dah lambat ni Za!" Laungku kuat dari tingkat bawah.
Zaza Qasdiera ialah rakan serumahku yang juga merupakan kawan baikku dari zaman kami belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia beberapa tahun yang lepas dan sehingga kini persahabatan kami tetap teguh kerana adanya sifat matang dalam diri masing-masing apabila berdepan dengan sebarang masalah yang mungkin dapat menjejaskan persahabatan kami.
Seluruh ahli keluargaku mengenali Zaza, ibu dan abah juga sudah menganggap Zaza seperti anak sendiri begitu juga umi dan abi Zaza yang berada di Kedah, menganggap aku bukanlah sebagai kawan baik Zaza, tetapi sebagai ahli keluarga mereka sendiri.
"Hang ni kalut sungguhlah! Tak dan aku nak make-up, hang dok jerit jerit dari bawah ni pasaipa?" Zaza turun dari tingkat atas menuju ke pintu utama sambil mulutnya tidak berhenti bersuara. Pot pet pot pet macam Mak Jemah!
"Ha tu awat? Lekaihlah, tadi hang habaq dah lambat! Haih hang ni, cuba lah hang keluaq dulu pi start enjin qeta ka, apa ka.. Hang berdiri lagu tu ja buat apa?"
Akhirnya aku bersuara "Za, kau dah lah bersiap lambat, lepastu kau turun-turun membebel macam mak-mak pulak.. Aku dah kata nak pergi pukul 10 a.m, dalam 9:30 a.m kita dah kena keluar sebab takut jalan jammed nanti."
Zaza melihat jam di skrin telefonnya yang menunjukkan pukul 9:40 a.m. "Awatlah hang ni kalut sangat? Lambat 10minit ja pun.. Lekaihlah gerak cepat!"
Ya, memang itulah sifatku. Seorang yang sangat menepati masa kerana aku tak suka buat orang menunggu atau lebih tepat, aku yang tidak suka menunggu.
Itulah prinsip hidupku, aku tidak akan sesekali buat perkara yang aku sendiri tidak suka apabila orang buat padaku.
"Zaza, aku tak ada cash lah, kau isikan minyak kereta pakai duit kau dulu boleh? Hehe..."
Aku mengelip-ngelipkan mataku sambil membuat muka comel."Hang toksah dok buat muka lagu tu lah Thea, aku tampaq hang satgi baru hang tau! Sabaq sat, aku pi bayaq kat kaunter." Garang Zaza berkata.
"Hehe.. Okay, thank you Zazaaa! Love you so much! Muah!" Aku menghadiahkan flying kiss kepadanya tetapi hanya dibalas dengan julingan mata dari Zaza. Haha!
Beginilah hubungan antara aku dan Zaza, kami sentiasa jujur antara satu sama lain. Tak perlu ubah sikap masing-masing dan sentiasa menjadi diri sendiri.
Harini aku ada urusan di luar untuk berjumpa dengan kawan lamaku dan aku meminta Zaza untuk turut serta, sebagai balasan aku kena belanja dia makan harini.
Oh ya! Pasal hutang tadi, aku sentiasa tepati janji! Aku bukan jenis yang berhutang dan kemudian buat-buat tak kenal dengan orang yang aku berhutang! Hm..
Maaf, sis teremosi..
"Dah jom." Zaza telah pun selesai membayar sekaligus mengisikan minyak kereta. Ya! Zaza ni memang seorang yang suka memudahkan urusan orang. Love you, Za!
"Za, esok kau free tak?"
"Awat?"
"Jom teman aku pergi Ikea, aku nak beli barang-barang rumah."
"Awat hang nak cari barang rumah? Hang nak pindah ka? Awat? Takkan sebab aku selalu berletiaq kat hang, hang nak pindah? Hang ni pasaipalah kalut sangat? Aku kan memang lagu ni! Kalau aku tak dak lepaih ni, siapa nak bangunkan hang pagi-pagi? Siapa nak masakkan untuk hang?" Sembur Zaza tanpa bertanya dengan lebih lanjut.
"Zaza Qasdiera! Akulah hang ni! Aku debik hang satgi baru hang tau! Cuba tanya satu-satu.. Pakat semboq semua soalan, lagu mana aku nak jawab?" Kan dah, nama panjang terus aku panggil hang, Za.
"Dah tu, hang cerita laa betui-betui. Aku ni kalau dah bercakap, susah hang nak potong.. Ha, awatnyaa nak cari barang rumah?" Bersungguh Zaza memandangku menanti jawapan.
"Aku nak buat surprised untuk ibu, minggu depan aku nak balik sana. Aku lupa nak bagitahu kau, kau nak ikut ke?" Tanyaku sambil memandangnya sekilas lalu kembali fokus memandu di atas jalan raya yang sememangnya sesak kerana hujung minggu.
"Lah.. sungguh ka? Awat hang tak habaq awai? Aku nak ikut hang lah, dok rumah tak buat apa-apa bosan jugak. Aku nak cari hadiah untuk ibu jugak la kalau lagu tu. Dapat bagi ibu pasu bunga pun cantik jugak." Zaza memang jarang menolak pelawaanku setiap kali aku mengajaknya ke rumah ibu tetapi aku dapat lihat keikhlasannya untuk mengikutiku ke rumah ibu dan bukan kerana menjaga hati kami semata-mata.
"Kalau kau bagi ibu pasu bunga, memang kat sana ibu tak ingat kat aku dah, Za. Confirm minggu depan ibu masak lauk kegemaran kau. Hm.. Eh tapi sedap jugak dapat makan sambal udang petai.. Terliur aku teringat masakan ibu."
"Halah halah hat ni pun.. Hang ni awat dengki sangat dengan aku? Pasaipa? Tak boleh ka ibu sayang aku lebih? Lagipun takkan hang baru tau selama ni ibu sayang aku lebih? Kesian noh kat hang.. Takpa lah Thea, aku sentiasa ada untuk sayang hang! Muah!" Balas Zaza sambil membuat gaya gediknya.
"Harey tui"
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...