Bab 94

527 39 4
                                    

"Ada lagi? Apa dia?"

"Along ada pergi jumpa Lily 2 minggu selepas tu. Dia jumpa untuk warning Lily supaya jangan ganggu adik kesayangan dia ni lagi. Along sayang tu kan garang dan tegas. Muka pun ketat aje. So, guess what? Kecut perutlah Lily bila along terjah dia tiba-tiba dekat kedai makan masa tu." Faiq ketawa halus.

"What? Sampai macam tu sekali along sanggup buat?" Aku terkejut.

"Well, hubby pun akan buat benda sama kalau hubby dekat tempat along. Takkanlah nak tengok aje bila orang buat jahat dekat orang yang kita sayang, kan?"

"Awh, terharunya sayang dengar." Jawabku, cair dengan kata-katanya.

"Athea.. Andai kata suatu hari nanti hubby tutup mata dulu sebelum sayang, sayang akan setia tak dengan hubby?" Tanya Faiq tiba-tiba.

Tangan yang sedang bersatu, kini semakin dieratkan oleh Faiq.

"In Syaa Allah. Walaupun perkenalan kita singkat, tapi hubby dah berjaya buatkan hati sayang terpaut dengan hubby selamanya. Sayang bertuah dapat miliki hubby sebagai suami sayang. Jadi, hanya kesetiaan yang sayang boleh beri sebagai balasannya."

"Hubby yang bertuah sebenarnya sebab dapat sayang sebagai isteri." Balasnya perlahan.

Aku cuba mengangkat wajahnya, "Hubby kenapa ni? Hubby sakit ke? Ada rasa nak demam?" Tanyaku sambil meletakkan belakang tapak tanganku di dahinya.

Faiq mencapai tanganku lalu dibawa turun ke bawah. Dia tersenyum.

"I love you, baby." Tuturnya bersama senyuman manis.

"Jomlah naik atas. Dah malam ni. Lagipun, dekat sini sejuk." Belum sempat aku berdiri sepenuhnya, tanganku tiba-tiba ditarik lembut
oleh Faiq.

"Baby dah tak love hubby ke?" Tanya Faiq, manja.

"Faiq Adzrin, dekat sini sejuk. Nanti awak sakit pula. Kita naik atas eh?" Balasku.

"Pergilah naik dulu. Saya nak duduk sini sekejap." Faiq mengalihkan pandangannya ke arah kolam.

Dia gelarkan diri dia sebagai 'saya?'. Aku tersenyum sendiri. Merajuklah tu.

"Okey. Jangan lama-lama tau dekat sini. Bye.."

Segera Faiq menoleh. Tak semena-mena terhambur tawaku yang ditahan sejak tadi.

Aku menghampirinya, "I love you so much, husband. Sayang sangat-sangat! Boleh kita naik ke bilik sekarang?"

Dia tersenyum, "Baby bergurau dengan hubby macam tu, nanti hubby dah tak ada baru sayang tahu!"

"Hubby nak pergi mana?"

"Mana-mana ajelah." Jawabnya lalu menarik tanganku memasuk rumah melalui pintu sliding door.

2 bulan kemudian...

"Hubby betul-betul okey ke ni? Kalau hubby tak nak sayang pergi awal, sayang tak jadilah pergi.." Beritahuku.

Faiq menggeleng, "Hubby ada meeting 2 hari berturut-turut esok. Tak apalah, sayang balik dengan Zaza dulu ya? Hubby faham, nanti sayang nak kena tolong apa yang patut dekat sana kan?"

Aku senyum, "Okey. Hubby jaga diri baik-baik tau dekat sini. Nanti dah sampai, sayang call hubby. Okey?"

Faiq senyum lalu menghadiahkan sebuah kucupan di dahiku, "Mesti hubby akan rindu dengan isteri kesayangan hubby sorang ni. Sayang pun jaga diri baik-baik dekat sana. Nanti hubby datang, okey?"

Beep! Beep!

Aku mencapai tangannya untuk bersalam, "I love you, hubby."

"I love you more, baby."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now