Bab 91

641 37 0
                                    

"Sayang?" Panggil Faiq yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.

Selepas menghabiskan secawan hot chocolate tadi, Faiq menyuruhku untuk naik ke bilik terlebih dahulu sementara dia mahu mencuci cawan di dapur.

"I'm here." Jawabku dari dalam bilik wardrobe.

"Sayang buat apa?" Tanya Faiq.

"Tak nampak ke saya tengah packing baju ni? Esok kan kita nak balik rumah ibu, tak ingat ke?"

"Baby, hubby dah mengantuk ni.. Esoklah kita packing."

"Okey, hubby pergilah tidur dulu. Sayang nak packing awal, takut esok kelam kabut pula."

Faiq berjalan menghampiriku yang sedang duduk di atas lantai. Dia turut melabuhkan duduk di sebelahku dan menongkatkan kepalanya ke bahuku.

"Jomlah tidur.." Tuturnya.

"Hub..."

"Wanginya sayang ni.. Hubby tak pernah bau perfume sayang yang ni." Ucap Faiq sambil memaut lenganku.

"H-Hubby pergilah tidur dulu.. Nanti sayang dah siap packing, sayang datang."

Faiq menggeleng, "Tak nak."

"Okeylah. Kalau tak nak, hubby duduk sini tunggu sayang habis packing baju ni eh?"

Faiq tidak membalas sebaliknya dia mengubah posisinya. Dan kini dia berbaring sambil beralaskan kepalanya di atas pehaku.

"Hubby, janganlah baring dekat sini. Nanti sakit badan pula."

"Tak ada lah."

"Okey. Hubby jangan tidur tau!"

"Okay, love."

Aku senyum.

25 minit berlalu...

"Dari tadi asyik tenung orang, dah kenapa?" Aku akhirnya bersuara setelah hampir 30 minit diperhatikan oleh Faiq.

Dia mendongak, "Baby, dapat pahala tau kalau tenung isteri sendiri. Biarlah hubby tenung muka sayang lama-lama. Bukan apa, sayang ni terlalu cantiklah sampai Hubby tak boleh nak describe dengan kata-kata."

"Okey, dah siap!" Beritahuku.

Faiq menguntum senyum, "Yeay, dah boleh tidur!"

Aku kemudiannya bangun dari duduk dan menolak beg roda ke hujung almari.

Aku melihat satu per satu baju yang ada di dalam almari pula untuk dipakai esok. Senang pilih awal-awal, esok tinggal nak iron je.

Baru sahaja aku mahu mencapai sehelai baju yang tersangkut, Faiq memelukku dari belakang.

"Baby..." Suaranya garaunya kedengaran sungguh perlahan di tepi telingaku.

Gulp!

"Hubby, sayang nak pilih baju untuk esok ni.. Lepaslah sekejap.."

"No." Jawabnya perlahan.

Aku memusingkan badanku menghadapnya. Belum sempat aku mahu melihat wajahnya, dia kembali memelukku. Pinggangku dirangkul erat. Mukanya pula sengaja disembamkan ke leherku.

"Kenapa ni?" Tanyaku.

Dia tidak membalas sebaliknya hanya menggeleng perlahan.

"Mengantuk ke?" Tanyaku lagi.

Faiq menggeleng.

"Then?" Aku bingung.

Dia melepaskan pelukan dan melihat jauh ke dalam mataku. Pinggangku kini dirangkul lebih erat dan...

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now