"Iq ada berita gembira untuk semua orang." Beritahu Faiq bersama senyuman lebar di bibir.
"Apa dia?" Tanya Dato' Idzrin.
Faiq memandangku, aku hanya mengangguk.
"Tak lama lagi Iq akan hidup bertiga." Ucap Faiq tetapi dengan nada yang masih menyembunyikan kegembiraan.
Sengaja memberi suspen kepada mereka yang berada di ruang tamu itu.
"Faiq Adzrin! Iq jangan nak cari pasal eh! Athea ni punyalah cantik, sempurna, dah kenapa nak tambah satu cawangan pula ni? No, mommy tak akan izinkan!" Bidas Datin Zurin.
Aku lihat, Dato' Idzrin hanya diam sambil memandang tajam ke arah anak lelakinya. Aku beralih pula untuk memandang wajah Faiq bagi menahan tawaku dari terlepas.
"Mommy cakap apa ni? Tambah cawangan?" Soal Faiq pelik.
"Tadi Iq kata, tak lama lagi Iq akan hidup bertiga kan?" Ujar Datin Zurin.
Faiq senyum, "Mommy, bukan itu maksud Iq."
"Then?" Soal Dato' Idzrin dengan suara yang mendatar.
"Tak lama lagi mommy dengan daddy dah nak dapat cucu!" Faiq menjerit kegembiraan.
Dato' Idzrin dan Datin Zurin menguntum senyum lebar. Bahagia dengan kenyataan yang baru saja diberitahu oleh anaknya sebentar tadi.
"Betul ke, Athea?" Datin Zurin cuba meminta kepastian.
Aku mengangguk, "Dah nak masuk 3 bulan."
"Wah! Tahniah Iq, Thea.. Tak sabarnya mommy nak tunggu cucu mommy! Alhamdulillah, syukur.." Datin Zurin mencapai tanganku dan diusap perlahan.
"Terima kasih, Thea." Tutur wanita itu.
"Sama-sama, mommy."
5 petang
"Hubby, bila sayang boleh masuk kerja ni? Bosanlah duduk dekat rumah aje.." Aku akhirnya meluahkan rasa yang terbuku dihatiku.
Aku masih lagi berada di rumah Datin Zurin. Tapi, jika ada sesuatu kerja yang mahu aku bantu, dengan pantas wanita itu menghalang. Aku bosan..
"Sayang bosan?" Soalnya kembali.
Aku mengangguk.
"Ala, kesiannya kesayangan hubby ni. Sayang nak keluar pergi mana-mana ke? Tapi, buat masa sekarang kita tak boleh balik rumah ibu sebab hubby tengah busy sekarang. Takkanlah sayang nak balik seorang kut, kan? Kalau sayang balik rumah ibu, nanti hubby rindu sayang macam mana?"
"Sayang ada satu permintaan. Boleh hubby tunaikan?"
Faiq memusingkan badannya menghadapku di atas sofa, "In Syaa Allah. Apa dia?"
"Sementara sayang dapat cuti sakit ni, sayang nak minta izin hubby untuk kerja daripada rumah, boleh?"
"Baby, hubby bukan tak nak izinkan. Tapi, hubby tak nak sayang stress. Boleh ke sayang nak handle kerja dengan kandungan sayang ni dalam satu masa?"
Aku mengangguk. Cuba meyakinkan dia bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.
"Sayang bukan ada morning sickness pun sekarang ni.. Bolehlah, hubby.. Please..."
Lama Faiq diam sebelum memberikan kata putus.
"Okey. Tapi, jangan kerja sampai lupa waktu makan, jangan bawa kerja sampai dalam bilik tidur. And, paling penting jangan lebihkan kerja daripada hubby. I need your attention more than your work needs. Okay, baby?"
YOU ARE READING
His Sayang with White Love
RomanceTakdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka ya...