"Ayaaz~ Awak janjikan akan ada bersama saya selamanya?"
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun kata dengan penuh ceria. Dia memaparkan senyuman yang lebar sehingga menampakkan lesung pipit.
"Mestilah. Saya akan sentiasa di sisi Tuan Muda sehingga Tuan Muda menjadi ketua."
Terlihat kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun kata kepada si kecil itu. Dia turut tersenyum lebar kepadanya.
"Janji tau."
Si kecil itu hulurkan jari kelingking kepadanya.
"Janji yang awak akan sentiasa berada di sisi saya."
"Aku janji aku akan sentiasa berada di sisi kau, Adam."
Mata Adam terbuka dengan cepat. Dia terus bangun dari tidur dia dan duduk sambil cuba untuk membetulkan pernafasan dia. Air peluh menitik dari muka dia.
"Astaghfirullah..."
Adam beristighfar dalam diam. Dia tak sangka yang dia akan bermimpi tentang itu lagi.
Adam dapat rasa sakit kepala sebaik sahaja dia bangun. Dia mengambil air yang disediakan di tepi katil dan minum dengan rakusnya. Adam juga mengambil sebiji ubat pil sebelum telan.
"Makin teruk insomnia aku... Dah berapa hari tak tidur tenang ni?"
Bisik Adam dalam hati. Dia bangun dari katil dan jalan ke arah balkoni yang berada di luar biliknya.
Dia jeling ke arah jam dan mengeluh seketika. Jam menunjukkan pukul 3 pagi bermakna dia boleh menunaikan solat tahajjud.
"Dari aku buang masa baik aku pergi solat. Tenang lah sikit rasa."
Detik hati Adam. Dia berjalan menuju ke bilik air yang tersedia di dalam bilik dia itu.
"Tuan Muda!"
"Ayaaz! Jangan!"
Ayaaz membuka mata dia dengan cepat dengan nafas tercungap-cungap. Dia pandang sekeliling dan sedar yang dia berada di bilik tidur.
"Mimpi ni lagi..."
Detik hati Ayaaz. Dia sentuh muka yang berpeluh itu dan cuba untuk menarik nafas dia seperti normal. Ayaaz tolak selimut dan duduk di hujung katil itu.
Dia pandang ke bawah dan menenangkan hati dia itu. Ayaaz jeling ke arah jam dan sedar yang jam baru sahaja pukul 3 pagi.
"Air..."
Ayaaz bangun dan terus jalan keluar tanpa pakai topeng itu memandangkan semua sedang tidur. Dia fikir Farisha sudah tidur di dalam biliknya tapi terhenti apabila nampak kelibat seseorang berada di dapur itu.
Ayaaz berkerut melihat isterinya sedang membuat sesuatu di situ. Dia jalan dengan perlahan dan nampak yang Farisha sedang masak lewat malam.
"Woi."
Farisha terlompat apabila disergah dengan perlahan di tepi. Dia pandang ke arah lelaki itu dengan mata terbeliak luas.
"Abang! Terkejut Isha!"
Farisha terus marah ke arahnya. Ayaaz tengok ke arah masakan itu. Lauk ayam masak kicap, kegemaran dia.
"Kau lapar tengah malam ke?"
Ayaaz tanya kepadanya. Dia jalan untuk mengambil gelas dan tuang air masak yang disediakan di atas meja makan itu.
"Erm... Haah. Isha lapar. Hehe..."
Farisha tersenyum malu dan cepat tutup api itu. Takkan lah dia nak bagitahu yang dia cuba latih memasak untuk dirinya.
Ayaaz tenung ke arah isterinya itu. Dia tahu yang Farisha tidak pandai berbohong. Dia turut nampak dark circle bawah mata Farisha.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...