"Bye."
Aara lambai ke arah Adam sebaik sahaja lelaki tu cium dahi licin miliknya. Dia tersengih sendirian melihat suaminya pergi ke kerja seperti isteri mithali.
"Aara."
Aara pusing ke belakang apabila nama dia dipanggil. Bibir dia mengukir senyuman apabila melihat Aathif.
"Along! Along tak pergi kerja ke hari ni?"
Aara datang kepadanya dan pandang ke arah dia dengan pelik. Selalunya awal pagi lagi semua ahli keluarganya pergi bekerja dan hanya tinggal dia seorang sahaja. Anak-anak buah dia pun pergi pusat perjagaan.
"Tak lah. Along teringin nak borak dengan Aara. Lama dah tak borak dengan adik along ni."
Aathif kata kepadanya sambil tersenyum manis. Aara terus angguk kepadanya.
Mereka berdua duduk di meja makan yang besar itu bersama air coklat panas yang disediakan oleh Aara sendiri. Tiada siapa yang mula bercakap bagai tengah melayan emosi sekejap.
"... Adam ada bagitahu along yang Aara akan ikut dia pindah di Malaysia."
Aathif mulakan perbualan mereka. Aara terus pandang ke arahnya. Jadi ni yang maksudnya 'borak' dengan dia.
"Haah. Aara nak ikut dia. Aara tak kisah pun Adam nak pergi mana. Sebagai isteri Aara ikut je dia ke mana sahaja."
Aara kata kepadanya dengan tenang. Aathif bukan boleh nak halang dia sebab dia dah buat keputusan dah.
"Hmm... Malaysia tempat bahaya untuk keluarga kita, Aara. Bukan bahaya tapi tempat tu juga trauma kita."
Aathif kata kepadanya lagi sambil tenung ke arah adiknya itu. Dia tahu Aara memang keras kepala selepas dia buat keputusan.
"Aara tahu, along. Trauma tu bukan akan dapat hilang dalam diri kita. Benda tu masih ada. Walaupun kita cakap yang kita dah sembuh sepenuhnya, we know that it's not true. We will never be heal by that. It's still inside us and we're just waiting for it to appear again if we trigger it."
Aara kata kepadanya. Memang dia dah sihat tapi tak sepenuhnya. Trauma itu dah muncul sejak dari kecil. Tak akan hilang dengan senang.
Aathif tidak kata apa-apa kepadanya dan hirup air coklat panas itu. Dia tenung ke arah Aara yang sedang termenung itu.
"Along bukan tak percaya Adam, Aara. Adam bagitahu yang Aara sudah menjadi target untuk semua musuh dia. Hidup Aara bukan macam dulu lagi. Aara sudah tidak boleh bebas sepenuhnya seperti dulu."
Aathif kata kepadanya lagi. Aara ketawa lepas apabila dia kata begitu dan pandang ke arahnya.
"I know, along. That's the price of being his wife. Aara tahu Aara dalam bahaya hanya sebab Aara adalah isteri kepada Adam. Tapi Aara tak kisah. Asalkan Aara dapat ada di sisi Adam, Aara tak kisah."
Aara kata kepadanya dengan yakin. Dia tersenyum manis kepada abang sulungnya itu. Aathif hanya tersenyum sahaja kepadanya. Memang keras kepala macam dirinya.
"Okay. Along tahu tak ada benda yang boleh halang Aara. Along cuma nak borak je."
"Aara tahu along cuma risaukan Aara. Cuma Aara dah buat keputusan. Nak ikut Adam kemana sahaja dia pergi."
Aara kata kepadanya. Suasana mereka sudah tidak tegang selepas Aathif tukar topik.
"So, how's your married life?"
Aathif tanya kepadanya sambil hirup air coklat panas itu. Dengar je soalan itu, Aara tersenyum lebar dan terus tersipu-sipu malu.
"Happy. Bahagia sangat, along. Dah halal. Adam memang sayang Aara seperti Aara sayang dia."
Aara kata kepadanya dengan gembira. Aathif hanya tersenyum sahaja melihat reaksi gembira Aara.
"Aara dengan Adam kan dah suka lama sangat. Sampai lima tahun. Along percaya yang Adam dapat bahagiakan Aara."
Aathif kata kepadanya dengan lembut. Aara dah lama sangat disakiti. Melihat dia bahagia bersama orang yang dia sayang membuatkan Aathif rasa tenang.
"Kalau Adam buat Aara menangis sekali je, bagitahu along. Tak pun angah."
Aathif sengaja usik dia. Aara mencebik apabila dia kata macam tu.
"Kalau angah tahu, mau dia kejar Adam sampai ke hujung dunia."
Aara kata kepadanya membuatkan Aathif ketawa besar. Ni bukan tipu tapi mereka tahu yang Aariz akan buat macam tu kat Adam. Aara teringatkan suaminya yang pergi ke kerja.
"Agaknya Adam buat apa eh sekarang? Rindu pula."
Aara tersenyum seorang diri sambil fikirkan tentang suaminya itu.
"Adam!"
Jeritan Leo dapat didengari di dalam bilik itu. Adam batuk dengan kuat dan tersungkur di lantai itu.
"U-Ubat aku..."
Adam kata kepadanya dengan penuh kesakitan. Peluh sudah muncul di muka dan nafas dia sudah tidak teratur lagi. Dia cuba bernafas dengan baik dan tenangkan hati dia yang berdegup laju itu.
Leo terus mengambil ubat yang Adam katakan di dalam laci meja. Dia mengambil botol air dan terus hulurkan kepadanya. Adam telan satu ubat itu dan dapat dirinya kembali seperti biasa. Dia mengeluh dengan kuat dan pandang ke bawah dengan rupa yang penat.
"... Kau tak makan ke ubat pagi tadi?"
Leo tanya kepadanya sebaik sahaja Adam sudah kembali normal. Adam angkat muka dia dan pandang ke arah pembantu dia di sebelah.
"Aku tak nak Aara tahu tentang penyakit aku. Cukuplah dia tahu yang aku ni tak sihat."
Adam kata kepadanya dan meramas rambut dia sehingga serabai. Dia bangun dari lantai itu dan pandang ke arah gambar perkahwinan Aara dan dia di atas meja itu.
"... Apa rancangan kita untuk balik Malaysia?"
Adam kata kepadanya dan duduk di atas kerusi itu. Dia memicit kepalanya yang berdenyut sakit.
"Buat masa sekarang, banglo yang Tuan Muda beli sudah selesai. Semua barang sudah pun dibeli. Pekerja dan guard pun dah diambil."
Leo kata kepadanya sambil pandang ke arah tablet kerja dia. Adam angguk kepadanya.
"Jadi, tinggal untuk pindah sahajalah..."
Adam kata dengan perlahan. Sebenarnya dia teragak-agak untuk membawa Aara pulang bersamanya di Malaysia memandangkan Aara sudah sah menjadi isteri dia.
Bermakna yang Aara adalah kelemahan untuk menjatuhkan Tengku Adam Iqbal sendiri. Dia takut ketika Aara tiada di sisinya tapi dia lagi takut untuk kehilangan Aara selama-lamanya.
"Leo, ni keputusan yang betul ke untuk bawa Aara pulang sekali? Aku takut kalau apa-apa yang terjadi kepada dirinya nanti."
Adam kata kepadanya dengan perlahan. Leo pandang ke arahnya dan fikir seketika.
"... Aku tak boleh kata yang tu keputusan yang tepat tapi kau kena lebih percaya kepada Aara. Percaya yang dia boleh jaga diri dia dengan baik. Bahaya di mana-mana sahaja tapi aku akan lindungi dia seperti nyawa aku sendiri."
Leo kata kepadanya dengan muka yang serius. Adam tenung ke arahnya sebelum tersenyum kecil.
"Aku percayakan kau."
Adam kata kepadanya. Persahabatan mereka bukan senang untuk putus. Terutamanya selepas apa yang terjadi kepada mereka.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romantik(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...