"Sah!"
"Sah!"
Leo jalan keluar dari masjid itu. Adina baru sahaja selesai menjadi isteri sebentar tadi dan semua orang sedang membaca doa untuk mereka.
Leo jalan ke arah Adam yang duduk jauh dari masjid itu. Dia tahu yang Adam jauh dari orang ramai sebab tak nak bersosial dengan orang ramai.
"Tuan Muda."
Leo kata kepadanya. Adam hanya jeling ke arahnya dan hembus asap keluar dari mulut dia. Satu batang rokok nampak di tangan dia.
"Dia tak datang?"
Adam tanya kepadanya dan hisap rokok itu. Leo hanya berdiri di sebelahnya.
"Datang."
Leo tahu yang Adam maksudkan bapanya, Tengku Rashid itu. Bukan selalu dia datang ke Malaysia tapi disebabkan dia adalah wali kepada pengantin sebab tu dia datang.
"Hmm."
Adam baling rokok itu ke bawah dan pijak sehingga penyek. Dia hulurkan tangan kepada Leo yang terus beri dia ubat. Seperti biasa, Adam telan tanpa air.
"Dia tak tanya aku?"
Adam kata sambil termenung jauh. Leo hanya gumam sebelum buka mulut.
"It's better that you're not there."
Leo kata kepadanya. Adam ketawa lepas dan berdiri.
"Yeah, right. Kami pun bukan boleh pandang muka sesama sendiri."
Adam kata sambil jalan masuk ke dalam masjid itu. Memandangkan bacaan doa dah habis, dia dah boleh berjumpa dengan ahli keluarganya yang lain. Leo pandang ke arahnya dan mengeluh sebelum ikut.
"Jadi, kau percaya kata-kata budak enam tahun lah ni?"
Iman kata kepadanya apabila Aara terangkan apa yang terjadi. Mereka berdua sedang membeli-belah di mall yang berdekatan.
"Apa? Ada betul juga kata-kata Aufa. Dia boleh fikir luar kotak."
Aara kata kepadanya sambil pandang ke arah barang kemas di hadapannya itu. Iman hanya pandang ke arah kawan baiknya itu.
"Kau biar betul nak lamar Adam?"
Iman tanya kepadanya. Aara pandang ke arahnya sambil pegang cincin yang menarik minat dia.
"Kenapa? Ada je perempuan lamar lelaki. Bukan lelaki je tau."
Aara kata dengan bangga. Dia tersenyum melihat cincin yang di pilih itu. Iman geleng kepala dia kepada Aara.
"Bukan tu maksud aku tapi kau betul-betul nak ke lamar dia ke? Kalau jadi perang dunia ketiga, macam mana?"
Iman tanya kepadanya. Aara berfikir sekejap sebelum jawab soalan dari dia.
"Well, he can't stop us then."
"Dia masih lagi boleh hentikan semua ni sebab kau dengan dia baru tunang."
Iman kata kepadanya. Aara mencebik dan pandang ke arahnya.
"So, patut ke aku tarik Adam pergi ke Thailand dan kahwin kat sana? Kalau dah kahwin, aku tak perlu risau pasal abang aku sebab mesti dia tak nak aku jadi janda."
Aara kata dengan otak yang penuh akal. Iman pandang ke arahnya seperti dia orang gila dan geleng.
"No... Jangan buat kerja gila, Aara. Baik kau lamar dia je."
Iman akhirnya mengalah untuk cakap dengan Aara yang sudah tersenyum lebar. Dia mengeluh dan lihat Aara memilih beberapa cincin.
"Kau kata Tuan Aathif ada suruh kau jadi pengapit untuk client dia kan? Bila tu?"
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...