Aara Kaifiya's (14)

287 24 0
                                    

"Aara?"

Iman mengetuk pintu bilik Aara beberapa kali. Sejak balik dari kenduri itu, Aara terus duduk dalam bilik dan tidak keluar membuatkan ahli keluarganya yang lain risau.

Jadi, Aathif meminta untuk Iman pergi berjumpa dengan Aara memandangkan mereka berdua sangat rapat.

"Aku ni. Kau dah terperap dalam ni seminggu dah. Abang kau risau gila dengan kau ni. Aku pun risau."

Iman kata kepadanya sambil ketuk lagi pintu bilik itu. Aara angkat kepala dan pandang ke arah pintu bilik itu dengan lemah.

"... Aku okay lah."

Aara kata dengan suara yang serak. Iman juling mata dia je atas.

"Kepala kau okay. Kau buka pintu sekarang sebelum aku minta Tuan Aathif robohkan pintu ni."

Iman ugut kepadanya. Dia tahu keluarga Aara ni orang kaya. Setakat kena roboh, apa lah sangat.

Aara bangun dari katil itu dengan perlahan dan jalan menuju ke pintu. Iman akhirnya dapat lihat muka Aara dan berkerut apabila nampak kesan air mata di muka Aara.

"Wow, damn. You look like a shit."

Iman kata kepadanya. Aara pandang ke arahnya dan mulakan adegan air mata.

"Iman!"

Aara meraung dan peluk Iman sambil menangis. Iman terus terkejut melihat dirinya sebegitu.

"W-Woi! Kau dah kenapa tiba-tiba ni?!"

Iman kata kepadanya. Dia tolak badan Aara untuk masuk ke dalam bilik. Iman berkerut melihat kegelapan di bilik Aara itu.

"Kau ni vampire ke apa? Gelap teruk."

Sempat lagi Iman bebel kepadanya. Dia suruh Aara duduk di sofa yang ada dalam bilik dia dan pergi buka langsir.

"Habis dah nangis?"

Iman kata kepadanya. Aara angguk dengan perlahan sambil lap air mata dan hingus dia. Iman datang dekat dan duduk di sebelah dia.

"Apa yang terjadi sebenarnya? Tuan Aathif kata kau balik dari kenduri tu dengan muka baru lepas nangis. Lepas tu, kurung dalam bilik."

Iman kata kepadanya. Aara pandang ke arah bekas cincin yang berada di meja kecil itu. Iman turut pandang ke arah tempat tu.

"... Kau jumpa dia kan? Aku dapat lihat instagram kakak dia."

Iman kata kepadanya. Dia kenal kakak Adam tapi dia tak tahu yang Aara kena jadi pengapit Adina.

"Aku jumpa dia dan borak macam biasa."

Aara akhirnya membuka mulut. Dia bermain jari di peha dia.

"... Kau lamar dia lah ni tapi dia tolak. Sebab tu kau sedih?"

Iman dah dapat agak dah apa yang terjadi kepada Aara.

"... Dia yang lamar aku."

Iman terus pandang ke arahnya dengan cepat. Dia terkejut dengan berita itu.

"So, kau terima lah ni? Tapi asal kau sedih pula?"

Iman kata dengan keliru. Aara tarik nafas dengan dalam sebelum hembus. Dia pandang ke arahnya.

"Aku tak boleh bagitahu hal sebenar kepada kau sebab ni aib dia tapi dia dah tahu aku buta."

Aara terangkan kepadanya. Dengar sahaja apa yang dia katakan, Iman terus faham apa yang terjadi.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now