Aara Kaifiya's (7)

279 22 0
                                    

"Hmm. Jadi, kau lari dari rumah lah ni?"

Iman kata sebaik sahaja Aara ceritakan apa yang terjadi malam tadi. Aara angguk sambil termenung sendirian.

"Technically, bukan lari dari rumah kalau suami kau tu bodyguard aku. Dia mesti dah bagitahu tentang aku kepada abang-abang aku."

Awal pagi, Aara terus keluar dari rumah agam itu dalam diam. Dia tak tau nak pergi mana memandangkan dia jarang keluar rumah. Jadi, dia hanya pergi rumah Iman dan Nazmi yang hanya bersebelahan dengan rumah agam itu.

"Hah... So? Kau nak buat apa?"

Iman tanya kepada sahabat dia seorang ni. Aara termenung sekejap sebelum pandang balik ke arahnya.

"Aku dah penat dengan semua ni. Aku sayang abang aku tapi perangai overprotective tu buat aku rimas."

Aara kata dengan penuh kepenatan. Dia mengambil ubat mata di hadapannya dan titis pada mata kanan dia seperti selalu.

Iman pandang ke arahnya sebelum mengeluh. Sejujurnya, kalau benda ni terjadi kepada dirinya, Iman mesti rasa rimas juga. Dia faham sifat overprotective tu kepada Aara sebab satu kesalahan sahaja. Tapi kalau Aara sendiri dah move on, kenapa Aariz tak boleh pula?

"Your brother put the pressure on himself because of that mistake, Aara. Dia salahkan diri dia sendiri sebab tak jaga kau dengan betul. Dia paksa diri dia untuk menjaga kau dengan lebih baik sebab tak nak benda tu terjadi kepada kau lagi."

Iman kata kepadanya. Aara tidak berkata apa-apa dan hanya tenung ke tempat lain.

"... Aku tahu, Iman. Tapi dia kena terima yang semua benda ni terjadi mesti bersebab. Ni semua ketentuan Allah dan kita tiada hak untuk salahkan semua itu. Orang kafir je yang sanggup salahkan benda tu."

Aara kata kepadanya membuatkan Iman terdiam. Memang kalau bab-bab agama ni, Aara nombor satu. Kalau bergaduh dengan dia, confirm kalah sebab dia akan kaitkan bab agama.

Iman mengeluh sebelum dia mengambil mug coffee di hadapannya dan hirup dengan perlahan. Aara turut mengambil mug yang tersedia dan minum sambil layan perasaan dia.

"Iman."

Aara panggil dan letakkan mug itu kembali di meja kecil itu. Iman pandang ke arah dia.

"Aku rasa aku tahu macam mana nak hentikan semua benda ni."

Aara kata kepadanya. Iman terus pandang dengan pelik.

"Macam mana?"

Iman tanya kepadanya. Aara sudah tersenyum lebar sehingga ke telinga. Entah kenapa Iman dapat rasakan cadangan ni akan menjadi gila.

"Kahwin."

Adam pandang ke arah Leo apabila dia mendengar perkataan kahwin itu. Dia terus berkerut kepada lelaki itu.

"Kahwin? Siapa?"

Adam tanya kepadanya. Dia pandang kembali ke arah komputer riba di hadapannya dan sambung buat kerja.

"Cik Muda Adina akan berkahwin pada dua minggu akan datang."

Leo kata kepadanya. Adam angguk dan sambung buat kerja.

"Kat mana majlis tu?"

Adam tanya kepadanya. Dia hampir lupa tentang kewujudan kakaknya itu sebab terlalu sibuk.

"Cik Muda kata majlis akad nikah akan sambut di Malaysia dan majlis kahwin akan sambut di Spain."

Adam pandang ke arahnya dengan pelik. Jauhnya Spain dan Malaysia.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now