Sudah seminggu mereka berdua pindah ke Malaysia dan dalam seminggu itu juga Adam sibuk dengan hal kerja dia. Siapa sangka yang Adam kembali untuk jadi CEO Empire's Hotel setelah apa yang terjadi tapi Tengku Rashid tidak boleh kata apa-apa tentang itu dan terima Adam balik dalam 'keluarga'.
Walaupun Aara sudah tegas untuk suruh Adam berhenti dan terima sahaja untuk menjadi CEO di Qushayyi's Hotel atas cadangan Aathif, Adam tetap bertegas untuk sambung bekerja di Empire's Hotel.
"Sayang, dear. Percayakan abang tau. Abang boleh jaga diri abang dengan baik. Jangan risau."
Itu sahaja ayat yang Adam berikan untuk Aara. Nak ke tak nak, kenalah mengalah. Asalkan suami dia dalam keadaan yang selamat sudah. Kalau tak, dia memang akan serang Tengku Rashid tu.
Dalam seminggu tu juga, Aara terperap di dalam rumah baru mereka. Pada awalnya, dia tak kisah sangat dan hiburkan diri dengan apa yang ada di rumah tapi makin lama, Aara macam orang gila di situ.
Aara ni dahlah jenis yang tak duduk diam. Kalau bukan sebab hidup dia dalam bahaya, mahu dia rembat salah satu sport cars milik Adam di garaj tu. Lepas tu, pusing satu bandar. Padahal tak ada lesen pun.
Aara termenung sendirian di dalam bilik kegemaran dia yang penuh dengan barang kpop dia. Lagu 'Life is still going on' by NCT Dream dapat di dengari di seluruh bilik itu. Suami sudah mula sibuk tapi dia pula macam zombie dalam rumah itu.
"Puan Aara."
Pintu bilik itu diketuk dari luar dan Aara hanya beri kebenaran untuk masuk manakala dia sambung termenung di sofa empuk tengah bilik itu.
"Puan Aara, Tuan Adam kata yang dia akan balik lewat sedikit malam ni. Dia suruh untuk Puan Aara tidur dulu."
Leo kata kepadanya dengan setia. Muka Aara terus berubah bila dia kata macam tu.
"Pula dah. Dia tak tahu ke bini dia ni macam orang gila kat sini?"
Aara sudah mula membebel kepada bodyguard dia itu. Leo hanya dengar sahaja bebelan dari majikan dia tu.
"Ish. Kenapa dia tiba-tiba balik lambat pula? Pagi tadi kata dia akan balik awal. Jangan nak tipu."
Aara pusing ke arah dia dan jeling untuk memberi amaran supaya tidak menipu kepadanya. Leo hanya pandang ke arah dia sebelum jawab.
"Ada kerja yang perlu di selesaikan di HQ. Tuan Adam sendiri yang bagitahu."
Leo kata kepadanya. Aara pandang ke arah dia seperti tidak percaya tapi dia tidak tanya dengan lebih lanjut.
"Hmmph. Tak apa. Tunggu lah. Biar saya kerjakan dia nanti."
Aara merungut sendiri sebelum dia sambung pasang lagu NCT Dream macam orang gila. Leo hanya biarkan dia sendiri. Bukan hak dia untuk kacau ketenangan Aara ni.
Tanpa Aara sedar, ada sesuatu yang Adam kena lakukan di sesuatu tempat. Adam keluar dari kereta BMW yang dia bawa dan pandang sekeliling hutan itu.
Dia mengeluarkan telefon bimbit dan lihat mesej yang baru sahaja hantar beberapa jam lepas. Danish Farhain, rakan lama dia yang terus menghilang sebaik sahaja kemalangan itu berlaku.
"Woi."
Adam terdengar suara dari belakang dan pusing untuk lihat siapa yang memanggil itu. Dia menanggalkan cermin mata hitam dia apabila melihat Danish yang sudah dekat 10 tahun tidak jumpa.
"Hey, bro. Lama tak jumpa."
Adam kata kepadanya sambil tersenyum kecil. Danish turut membalas senyuman itu.
"So, apa khabar kau? Lepas kemalangan tu, kau terus menghilang."
Adam sandarkan badan pada kereta dia sambil berpeluk tubuh. Danish hanya ketawa lepas dan pandang ke arahnya.
"Alright. Hidup aku pun okay je. Mana aku tak menghilang kalau aku berjanji untuk melindungi orang itu dengan nyawa aku sendiri. Aku tak terima orang luar untuk ganti tempat dia."
Danish kata sambil tenung ke arah Adam. Adam hanya tersenyum sinis apabila dia kata macam tu. Macam dia tak tahu yang Danish sedang cakap tentang dia.
"Kau berjanji untuk beri nyawa kau kat dia sahaja tapi tengoklah apa yang terjadi. Dia dah mati tapi kau sekarang jadi hamba untuk orang lain."
Adam membalas kata-kata lelaki itu dengan selamba. Dia dah rimas dengan orang yang asyik salahkan dia hanya sebab dia kena paksa untuk jadi orang lain.
"Tak. Aku bukan hamba sesiapa selain dia, Ayaaz."
Bagai terkena renjatan elektrik, Adam terus menarik kolar baju Danish apabila lelaki itu sebut nama sebenar dia di tempat awam itu.
"Jangan sesekali sebut nama itu."
Adam bisik kepadanya sambil jegil mata ke arahnya dengan penuh amarah. Danish hanya pandang ke arahnya dan langsung tidak takut dengan ugutan itu.
Dia langsung tak takut kepada The Greatest Tengku Adam Iqbal di hadapan dia ini sebab Danish adalah salah seorang kawan lama lelaki itu dan tahu tentang sejarah hitam keluarga Tengku Rashid.
"Kau tak nak tahu ke siapa boss aku sekarang?"
Danish kata kepadanya sebelum tolak tangan Adam dengan kasar. Adam langsung tidak berganjak dari dia.
"Siapa? Siapa yang buat kau tunduk kepala kau selain Tengku Adam Iqbal sendiri, Danish? Aku tahu betapa setianya kau kepada dia. Malang sekali, dia dah mati. Aku sendiri yang bunuh dia."
Adam kata dengan kasar seperti dia sudah hilang sabar dengan lelaki itu. Danish ketawa terbahak-bahak apabila Adam kata macam tu.
"Yakin betul kau yang dia dah mati."
Adam terhenti mendengar ayat itu keluar dari mulut Danish. Hati dia tiba-tiba dengup dengan laju macam ada benda yang tak kena akan berlaku.
"... Baik kau tutup mulut kau, sial. Sebelum aku bunuh kau."
Adam sudah hilang sabar apabila dia kata begitu. Sebelum sempat dia pukul Danish, Adam membeku apabila mendengar siulan dari jauh.
Badan dia mengigil bagai dia tidak percaya dengan apa yang terjadi sekarang. Sudah lama dia tidak dengar bunyi siulan itu.
"Aku tak pernah latih kau untuk jadi baran, Az."
Adam pusing sebelah apabila dia mendengar nama yang paling dirindukan itu. Mata dia terbeliak dengan luas dan nafas dia terhenti seketika.
Masa seakan berhenti di sekeliling mereka. Adam dan Ayaaz tenung ke arah diri mereka sendiri dengan lama. Siapa sangka Tengku Adam Iqbal yang sebenar masih lagi hidup dan bernafas di hadapan dia sendiri?
Walhal, Adam sendiri yang nampak mayat lelaki itu terbakar di dalam kemalangan 10 tahun lepas. Walaupun dengan pernampilan yang agak berbeza itu, Adam dapat rasakan yang lelaki di hadapannya itu adalah Tengku Adam Iqbal yang sebenar.
"Ow!"
Aara terkejut apabila cawan air coklat panas dia tiba-tiba jatuh ke lantai. Dia berkerut sekejap dan tunduk untuk mengutip kaca yang pecah itu tapi terhenti apabila jantung dia tiba-tiba denyut dengan laju.
Aara dapat rasa ada benda yang tak kena akan terjadi. Dia pandang ke arah luar tingkap dan nampak yang awan semakin mendung. Sah ada benda yang tak kena akan terjadi nanti.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...