Adam pandang ke arah Ayaaz yang sedang jalan ke hulur ke hilir tanpa henti. Dia faham perasaan risau kepada isteri Ayaaz sendiri. Lagi-lagi apabila Ayaaz tidak boleh datang jenguk Farisha sendiri di Hospital untuk jaga identiti dia sendiri.
"Kenapa sekarang? Due date lama lagi... Dia sepatutnya dua bulan lewat..."
Ayaaz kata dengan resah. Kerja yang sepatutnya dia buat terus dilupakan.
"Ayaaz, bertenang. Tarik nafas..."
Adam cuba tenangkan Ayaaz yang semakin resah itu.
"Kita akan berdoa untuk isteri dan anak kau."
Adam kata kepadanya dengan suara yang tenang. Ayaaz pandang ke arahnya dan tarik nafas dengan dalam.
"Ya... Isha akan baik-baik sahaja..."
"AHHHHHHH!"
Jeritan yang kuat dapat dengar di bilik bedah itu. Danish turut resah di luar bilik itu. Dia rasa sakit mendengar jeritan dari Farisha di dalam bilik bedah itu.
Kandungan itu baru sahaja tujuh bulan. Bayi dalam kandungan itu mungkin premature dan banyak risiko boleh terjadi kepada bayi dan ibunya.
Danish genggam tangan dia dengan kuat dan doa untuk kesihatan bayi dan Farisha agar tidak berlaku apa-apa kepada mereka.
Beberapa jam kemudian, pintu bilik bedah itu dibuka dari dalam dan Danish terus menghampiri doktor yang keluar.
"Tahniah, Encik Danish. Isteri encik selamat melahirkan anak perempuan dengan selamat."
Doktor kata kepada Danish yang berlakon sebagai suami Farisha. Danish terus menghembus nafas dengan lega apabila doktor itu kata kepadanya.
"Alhamdulillah... Saya boleh lawat ke?"
"Boleh. Encik boleh masuk."
Danish masuk ke dalam bilik itu dan nampak Farisha sedang dukung bayi di dalam dakapannya walaupun masih lagi lemah setelah beberapa jam melahirkan anak.
Danish menghampiri katil itu dengan perlahan membuatkan Farisha sedar kewujudan dia.
"Danish, comel kan? Anak Ayaaz..."
Farisha kata kepadanya dengan lembut sambil tersenyum lebar kepadanya. Danish pandang ke arah bayi yang sedang nyenyak tidur itu.
"Comel..."
Danish bisik dengan perlahan sebelum dia tersenyum ke arah Farisha.
"... Puan nak saya azan kat baby ke? Tuan Ayaaz takkan datang sebelum malam."
Danish kata dengan perlahan. Senyuman Farisha pudar sedikit apabila dia kata begitu sebelum dia kembali tersenyum kepadanya.
"Kalau awak tak kisah."
Farisha menghulurkan bayi itu kepadanya dengan penuh berhati-hati. Danish dapat rasakan kehangatan bayi itu yang berada di tangan dia sebelum dia tersenyum kecil.
Farisha hanya pandang ke arah Danish yang sedang memberi azan di sebelah telinga bayi itu sebelum dia akhirnya menutup mata dia akibat kepenatan. Dia hanya mampu harapkan yang suami dia sendiri mengazankan kepada anak mereka sekarang.
"Baby perempuan..."
Ayaaz kata dengan perlahan sambil melihat gambar yang dikongsikan oleh Danish. Dia mengucapkan rasa syukur kepada Allah apabila melihat yang Farisha berjaya melahirkan anak mereka.
Adam turut pandang ke arah gambar di dalam telefon bimbit Ayaaz itu. Dia tumpang gembira kepada mereka.
"Kau patut lawat mereka."
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...