"Aku dah lama perhatikan kau. Kau okay tak?"
Iman kata kepada Aara dengan muka yang berkerut. Lain macam betul selera Aara hari ni. Dah makan tomyam nak lagi chicken chop.
"Aku? Okay je. Kenapa kau tanya?"
Aara pandang ke arahnya dengan muka yang bersahaja dan sambung makan dengan chicken chop yang dia order tu.
"Aku tengok kau macam tak makan seminggu. Tengok kau je dah rasa kenyang."
Iman kata kepadanya dan hanya mampu geleng kepala. Iman pulang ke Malaysia untuk majlis aqiqah anak buahnya. Alang-alang tu Aara nak jumpa dengan dia. Nasib baik Iman dah okay sikit dari hari perkahwinan dia dulu.
"Aku stress. Aku lari dari rumah."
Aara kata kepadanya dan suap chicken chop itu. Iman langsung tak terkejut apabila Aara kata macam tu. Dah biasa dah dengan perangai Aara tu.
"Kalau kau lari, yang hujung sana tu apa?"
Iman tunjuk ke arah Leo yang berada di meja lain. Lari apa kalau bodyguard si suami ada? Aara hanya angkat bahu dia.
"Don't know. Don't care. Aku merajuk."
Aara kata kepadanya dan hampir hentak garfu di pinggan makan itu. Iman hanya geleng sahaja dengan perangai Aara. Dia tak bertanya dengan lebih memandangkan mesti masalah rumahtangga mereka. Dia tak nak masuk campur.
"Adam seorang je sanggup layan merajuk kau."
Iman kata kepadanya dan juling mata dia ke atas. Aara tidak kata apa-apa sebelum dia sambung makan. Iman perhatikan dia dengan senyap dan perasan sesuatu.
"Aara... Kau dah kahwin selama dua bulan lebih kan?"
Iman tiba-tiba tanya kepadanya membuatkan Aara pandang ke arahnya dengan pelik.
"Dah nak dekat tiga bulan lah juga. Kenapa?"
Aara kata dengan pelik. Boleh dikira masih lagi fasa bulan madu. Eh, tapi dia tak pergi bercuti kat mana-mana pun dengan Adam. Mereka terus pindah ke Malaysia dan Adam terus bekerja.
"... Kau tak rasa ke kau... Pregnant?"
Koh!
Aara terbatuk dengan terkejut apabila Iman tiba-tiba tanya macam tu. Dia terus pandang ke arah Iman dengan mata terbeliak luas.
"Pregnant?! Kau kelentong apa ni, Iman?!"
Aara kata kepadanya seperti Iman cakap benda yang pelik di dunia ini. Iman hanya angkat bahu dia sahaja.
"I mean... Kau tengoklah kau makan apa. Lepas tomyam, chicken chop pula. Ni ABC kau ni jangan lupa pula. Aku yang dah kenyang ni pun nak termuntah tengok kau makan."
Iman kata kepadanya sambil tunjuk sekeliling meja yang penuh dengan makanan yang Aara order sahaja. Ni kalau bukan mengandung, bela saka lah tu.
Aara terdiam apabila dia kata begitu dan terus pandang ke arah makanan yang terhidang itu. Dia terus dekatkan muka dia dengan Iman dan bisik perlahan.
"Kau rasa aku mengandung ke?"
"Eh, kau ni. Aku ni forensic scientist. Bukan doktor. Pergilah cuba buat pregnancy test tu dulu."
Iman nak je hempuk kepala kawan dia seorang ni. Lain bidang kalau nak jawab pun. Aara mencebik apabila dia kata macam tu dan sambung makan.
"Bila difikirkan balik... Period aku pun lambat juga. Lambat sebulan je lah tapi tak ke kau rasa aku dengan Adam tu masih lagi terlalu awal untuk dapat anak?"
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...