Aara Kaifiya's (8)

294 25 0
                                    

"Gila! Aku jadi madu kau?! Memang tak lah wey! Aku masih lagi waras untuk rampas suami orang!"

Aara marah kepadanya apabila Iman kata begitu. Dia memang terdesak tapi tak terdesak sangat untuk rampas lelaki orang.

"Tapi kalau kau jadi madu aku, kau dapat lari dari abang kau sebab diorang lebih percayakan Nazmi dan aku tahu Nazmi dapat bahagiakan kau."

"Sebab dia cintakan kau, Aara. Bukan aku."

Iman kata kepadanya. Dia tak sebut ayat yang terakhir itu kepada Aara. Aara pandang ke arahnya dengan muka yang tidak percaya.

"Okay. Kalau dia bahagia terima aku dan abang aku akhirnya lepaskan aku, kau macam mana? Bahagia ke kena kongsi suami?"

Aara kata kepadanya membuatkan Iman terdiam. Semestinya dia tak suka kena kongsi suami tapi siapa dia nak menghalang Nazmi untuk bahagia kalau Aara jadi isteri kedua dia? Mereka hanya kahwin paksa sahaja.

"Nope. Not gonna happen. Aku takkan kahwin dengan Nazmi dan jadi madu kau. Kalau dia lelaki terakhir kat dunia ni pun, aku takkan terima, Iman. He's your husband."

Aara kata kepadanya sambil mengeluh. Dia semakin penat bergaduh dengan Iman tentang ini. Iman mencebik tetapi dia rasa lega apabila mendengar ayat dari Aara itu.

"Lagipun, aku masih cintakan Adam."

Aara kata kepadanya. Iman pandang ke arahnya dan mengeluh. Dia memang tahu yang cinta Aara kepada lelaki itu terlalu dalam.

"Well, true love is hard to forget. Dia cinta pertama kau yang ajar kau erti kasih sayang. Aku tak salahkan kau sebab masih cintakan dia."

Iman kata kepadanya. Aara hanya gumam sebelum hirup air kopi itu sehingga habis.

"Sebenarnya, aku pernah terfikir kalau abang-abang aku tak terima Adam sebagai pasangan, aku akan lari dari diorang."

Aara kata membuatkan Iman pandang ke arahnya dengan pantas. Dia tak terkejut pun mendengar kata-kata itu darinya.

"Tu pun kalau dia terima lah."

Aara kata kepadanya. Iman hanya juling mata dia ke atas.

"Ni bila kau nak balik? Dah berapa jam kau kat sini."

Iman kata kepadanya. Aara pandang ke arahnya dengan muka yang menyampah.

"Eleh, halau nampak."

"Kau datang rumah aku pagi-pagi buta dan ganggu tidur aku. Memang kena halau lah."

Iman marah kepadanya. Aara juling mata dia ke atas.

"Boss, you got invitation."

Aathif berhenti menaip apabila Raesa kata kepadanya. Dia pandang ke arah isteri merangkap setiausaha itu.

"Invitation? From who?"

Aathif tanya kepadanya. Raesa menekan butang di tablet yang dia pegang dan hulurkan kepadanya. Aathif ambil dan baca butiran itu.

"I heard it's from daughter of Tengku Rashid Irfan, the billionaire from Malaysia."

Raesa kata kepadanya. Aathif tersenyum kecil melihat jemputan perkahwinan yang akan diadakan dua minggu lagi. Dia sangat kenal kepada anak perempuan Tengku Rashid itu.

"Tengku Adina Sofea, is it?"

Aathif kata dengan perlahan. Adina adalah salah seorang client dia tapi dia lebih kenal kepada anak lelaki Tengku Rashid. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang Aara jatuh cinta, Tengku Adam Iqbal.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now