Aara Kaifiya's (16)

284 27 0
                                    

Leo pandang ke arah mesej yang dia baru sahaja beri kepada Aara sebentar tadi. Dia menutup telefon bimbit dan jalan keluar dari pejabat itu.

Kesemua pekerja tunduk hormat kepadanya apabila dia lalu di hadapan mereka. Leo jalan menuju ke pintu luar yang mempunyai padang besar di situ.

"... Awak betul-betul datang..."

Leo kata kepada Aara sebaik sahaja dia turun dari pesawat itu. Aara hanya tersenyum lebar kepadanya. Iman dan Nazmi ikut dia dari belakang.

"Kan saya dah kata?"

Aara kata sambil tersengih lebar. Dia pandang tepat ke arah mata Leo.

"Saya datang nak jumpa boss awak tu."

Aara kata dengan bangga. Leo terkejut juga apabila Aara tiba-tiba mesej dia selepas lima tahun untuk bertanya tentang Adam. Leo sangka dia hanya main-main sahaja tapi tak sangka Aara betul-betul datang.

"So, mana boss awak? Ada benda saya nak borak ni."

Aara kata kepadanya. Leo pandang ke arah Iman dan Nazmi. Dia semestinya kenal mereka berdua.

"Ikut saya."

Leo kata kepada mereka dan masuk kembali di dalam bangunan itu. Aara berdiri di belakang sedikit dari mereka untuk pandang sekeliling tempat itu.

"Buat masa sekarang, Tuan Muda sedang berehat-"

Leo kata kepada mereka. Dia pusing untuk pandang ke arah mereka tapi terhenti apabila tidak nampak Aara di situ.

"Mana Cik Aara?"

Mendengar sahaja nama Aara, Iman dan Nazmi terus cari dia dan sedar yang Aara tiada di sisi mereka.

"Minah ni boleh pula hilang!"

Detik hati Iman dalam geram. Selamba badak sungguh Aara lari dari situ.

Adam hembus asap rokok keluar dari mulut. Dia pandang ke arah hutan di sekeliling bangunan itu.

"Kau... Rokok?"

Adam yang baru sahaja nak hisap rokok di tangan dia, terhenti apabila mendengar suara yang amat dia kenali.

Adam pusing ke belakang dan terkejut melihat Aara di sini. Aara pandang ke arahnya dengan muka yang terkejut.

"Aara?"

Adam sebut nama dia dengan perlahan. Aara jalan dekat ke arahnya dan jijik melihat batang rokok itu.

"Kalau dah sihat tu, janganlah cari penyakit pula."

Aara kata dengan selamba. Dia mengambil rokok itu dari tangan Adam dan baling ke lantai. Adam pandang ke arahnya dengan dingin.

"Kau buat apa kat sini? Sini tempat rahsia aku."

Adam kata kepadanya. Aara hanya pandang ke arahnya dengan selamba sebelum memberi senyuman yang polos.

"Takkan nak jumpa bakal suami aku pun tak boleh?"

Aara kata dengan selamba. Adam semakin terkejut dan pelik dengan perempuan di hadapan dia.

"Aku dah kata aku akan berkahwin tak lama lagi dengan pilihan ayah aku."

Adam kata dengan dingin. Dia pusing badan dia dari Aara. Adam tak nak tengok muka Aara sebab dia takut kalau dia akan mengalah dengan cepat.

Aara ketawa lepas apabila dia kata begitu. Dia jalan di sebelah Adam dan tenung ke arahnya.

"So? Kau fikir kau akan give up ke? Kau selamanya milik aku."

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now