Adina sedang menyiapkan semua persiapan untuk perkahwinannya di ruang tamu. Adam jalan ke arahnya membuatkan dia berhenti.
"Kenapa akak suruh saya jadi pengapit?"
Adam tanya kepadanya. Adina pandang ke arahnya sebelum sambung tengok list kertas di tangannya.
"Bakal suami akak yang nak kamu jadi pengapit. Akak setuju je."
Adina kata kepadanya dengan tenang. Adam jeling ke arah dia apabila dia kata begitu.
"Liar. Tell me the truth."
Adam kata dengan suara yang keras. Adina mengeluh sambil buka cermin mata dia untuk pandang ke arah Adam.
"Fine. I just want you to."
Adina kata kepada dia. Adam pelik apabila dia kata begitu.
"Why? Bukan akak sendiri ke jauhkan diri dari saya sebab kemalangan itu? Akak buat semua ni sebab akak dah nak kahwin? Macam tu?"
Adam kata kepadanya dengan lantang. Adina jeling ke arahnya.
"I already said I'm sorry, right?"
Adina kata dengan geram. Adam ketawa lepas apabila dia kata begitu.
"I know! But I don't forgive you!"
Adam kata dengan penuh amarah. Dia menghentak meja kopi itu dengan kuat. Adina hanya pandang ke arahnya.
Adam yang terlihat sangat kesian. Muka dia langsung tak bermaya dan pucat. Eyebags yang semakin teruk membuatkan dia terlihat begitu sedih.
"Akak ingat hanya sebab satu maaf je boleh kembalikan diri saya yang dulu ke?! Akak ingat maaf akak dapat lupakan maki yang akak pernah semburkan kat saya?!"
Adam kata dengan marah. Satu banglo itu boleh dengar jeritan dia. Leo terus datang menghampiri suara itu dan sedar yang Adam sedang marah.
"Memang itu salah saya! Kemalangan itu salah saya! Tapi hanya sebab itu, saya terpaksa tanggung semua ni?! Kehidupan yang pura-pura ini! Semua orang tipu kepada bonda- Bukan."
"Puan Dania sendiri."
Adam kata kepada Adina dengan begitu marah. Leo sedar yang dia hampir sahaja membongkarkan semua rahsia itu.
"Tuan Muda!"
Leo terus mendapatkan Adam dan jauhkan dia dari Adina yang masih lagi tidak kata apa-apa.
"Adam? Dina?"
Ketiga-tiga orang itu terhenti apabila mendengar suara lembut itu. Mereka toleh dan nampak Puan Dania yang datang menghampiri mereka.
"Apa yang bising-bising ni?"
Puan Dania kata kepada mereka. Dia pandang ke arah Adam yang sedang atur nafasnya seperti normal.
Adam sedar kepada realiti dan sedar apa yang berlaku. Dia pandang ke arah Adina sebelum genggam tangan dia.
Adam pusing dan jalan keluar dari ruang tamu itu. Puan Dania terlihat begitu risau melihat anak lelakinya itu. Leo kejar Adam dari belakang.
"Dina, apa yang terjadi?"
Puan Dania pandang ke arah Adina yang masih lagi duduk di sofa itu. Dia mengelap air mata dia sebelum geleng kepala dia.
"Ni semua salah Dina sebab tu..."
Adina teragak-agak untuk sebut nama adik lelaki dia selepas apa yang terjadi.
"... Dia marahkan Dina."
Adam menghempas pintu biliknya dengan kuat dan kunci. Dia pandang sekeliling bilik itu dengan nafas yang tidak teratur.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...